Remysta tawar agenda pendidikan dan pembangunan menyeluruh di Moyog

PENAMPANG – Calon PH DUN Moyog, Remysta Taylor mengumumkan komitmen menyeluruh untuk memperkukuh pendidikan dan kebajikan penduduk Moyog melalui rangka tindakan yang menekankan tuisyen percuma bagi pelajar SPM, di samping usaha menyelesaikan isu banjir, kesihatan serta pembangunan infrastruktur yang telah berlarutan sejak sekian lama.

Menurutnya, berasaskan pengumuman terbaharu Perdana Menteri mengenai peruntukan tambahan untuk mempercepatkan projek tebatan banjir, beliau berjanji memastikan projek itu diselaraskan dengan lebih efisien.

“Saya mahu menyelaraskan Pelan Pembangunan Penampang 2024–2035 agar lebih sistematik, teratur dan berpaksikan rakyat, bukan kepentingan pihak tertentu.

“Pembangunan mampan dengan keutamaan rakyat perlu menjadi asas hala tuju kawasan Moyog,” katanya ketika ditemui oleh media semasa mengadakan lawatan ke Pusat Media Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Sabah, di sini pada Rabu.

Dalam pada itu, bagi isu kesihatan, Remysta menyatakan banyak kampung di Moyog masih berdepan masalah akses jalan yang sukar dilalui, menyebabkan penduduk mengambil masa sehingga dua jam untuk keluar mendapatkan rawatan.

Justeru, beliau berjanji menambah jumlah klinik bergerak untuk memperluaskan liputan perkhidmatan kesihatan.

Tambahnya, beliau turut bertekad mempercepatkan pembinaan Hospital Penampang, yang menurutnya sudah mempunyai peruntukan tetapi memerlukan komitmen lebih tegas untuk disegerakan.

“Dalam aspek pendidikan, saya menyifatkan jurang pencapaian akademik antara pelajar kawasan bandar dan luar bandar sebagai tidak seimbang.

“Sebagai langkah intervensi, beliau menawarkan tuisyen percuma kepada pelajar SPM di Moyog, menggunakan tenaga pengajar profesional serta sukarelawan graduan universiti, bagi memastikan pelajar luar bandar memperoleh peluang pembelajaran setara dengan rakan sebaya di bandar,” ujarnya.

Selain itu, Remysta mahu memperkasa anak muda dengan kemahiran masa depan melalui pelaksanaan program yang menyokong kesiapsiagaan industri menjelang 2030.

“Setiap pekerjaan hari ini menuntut kemahiran khusus dan anak muda Moyog harus dilengkapi untuk bersaing,” katanya.

Tegasnya, keseluruhan inisiatif itu adalah sebahagian daripada komitmennya untuk membawa pembangunan yang lebih sistematik, inklusif dan berpusatkan rakyat di Moyog sekiranya diberi mandat.

Related Posts

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

PUTRAJAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pagi ini. Seri Paduka Baginda dan Perdana Menteri turut santap bersarapan bersama sempena cuti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hayati nilai luhur, kasih sayang dalam hidup bermasyarakat

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat agar terus menyemarakkan nilai cinta, ihsan dan kasih sayang serta menolak sebarang hasutan kebencian yang cuba mencetuskan permusuhan antara kaum…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nie Ching luah rasa berat hati, hargai jasa Marina dalam DAP Johor

Nie Ching luah rasa berat hati, hargai jasa Marina dalam DAP Johor

Trump dakwa lulus cemerlang ujian kognitif

Trump dakwa lulus cemerlang ujian kognitif

Gawai Dayak platform perkukuh perpaduan, warisan budaya dan daya saing rakyat Sarawak

Gawai Dayak platform perkukuh perpaduan, warisan budaya dan daya saing rakyat Sarawak

Dua maut dalam kemalangan berasingan di Batu Pahat

Dua maut dalam kemalangan berasingan di Batu Pahat

Sistem pendigitalan jadikan Baucar Buku MADANI rekod pencapaian luar biasa

Sistem pendigitalan jadikan Baucar Buku MADANI rekod pencapaian luar biasa

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri