Kekuatan Sabah terletak pada keupayaan bawa suara rakyat ke Putrajaya – Suhaimi

SANDAKAN – Calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Sibuga merangkap Ahli Parlimen Libaran , Datuk Suhaimi Nasir menyatakan bahawa kekuatan sebenar Sabah dalam politik nasional bukan ditentukan oleh suara yang paling lantang, tetapi oleh kemampuan membawa tuntutan rakyat negeri itu ke meja keputusan di Putrajaya.

Suhaimi berkata, BN Sabah sentiasa mengambil pendekatan yang realistik dan berasaskan keupayaan sebenar untuk memastikan suara rakyat negeri itu diterjemahkan dalam bentuk pelaksanaan dasar di peringkat nasional.

“Sebagai anak jati Sabah, kami bukan datang ke Putrajaya untuk menumpang kuasa.

“Kami datang untuk mengangkat suara. Kami bukan simbol, kami adalah wakil sebenar rakyat Sabah di pusat pentadbiran negara,” katanya dalam satu kenyataan media, pada Rabu.

Menurut Suhaimi, terdapat parti-parti tempatan yang memilih untuk melaungkan tuntutan dari jauh, namun tanpa akses kepada saluran kuasa, seruan tersebut tidak mampu diterjemahkan kepada tindakan.

“Dalam teori dan amalan politik, hanya pihak yang mempunyai saluran kuasa dapat mengubah tuntutan menjadi pelaksanaan.

“Di sinilah BN membezakan diri daripada parti lawan kami bukan sekadar menyuarakan kehendak Sabah, tetapi memiliki kapasiti dan mandat untuk memastikan kehendak itu dilaksanakan,” jelasnya.

Suhaimi turut menegur tindakan beberapa pihak yang didakwa cuba menanam sentimen anti-Semenanjung atau anti-Malaya sebagai strategi politik yang menurutnya bukanlah jalan untuk memperkukuh kedudukan Sabah.

“Itu bukan kekuatan. Itu strategi defisit demi kepentingan politik tertentu.

“Kekuatan Sabah tidak lahir daripada bermusuhan, tetapi daripada hubungan yang matang dan kemampuan berunding di meja pusat,” tegasnya.

Tambah Suhaimi, Sabah tidak perlu menjarakkan diri daripada Semenanjung untuk dihormati, sebaliknya negeri itu hanya perlu berada dalam kedudukan yang kuat dan diyakini.

“Sabah tidak perlu bermusuh atau menanam sentimen anti-Semenanjung untuk dihormati, Sabah hanya perlu kuat untuk didengari,” katanya.

Menurut beliau, prinsip kepimpinan BN Sabah berasaskan fakta, pengalaman serta komitmen terhadap hasil yang boleh dirasai rakyat, bukan sekadar emosi atau retorik sementara menjelang pilihan raya.

Related Posts

Nas agama bukan lesen memutihkan tafsiran politik

PRESIDEN Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang menerusi artikel ‘Negara Menjadi Habuan Kerana Menjatuhkan Kuasa Besar Islam. Apakah Peranannya?‘mengaitkan kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah, penjajahan wilayah Islam, pembentukan Israel dan kebangkitan Iran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tabung Najib ‘jarum halus’ UMNO halalkan rasuah – Wanita PKR

TABUNG Solidariti Najib Razak yang diwujudkan UMNO bagi membantu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak membayar denda RM50 juta didakwa sebagai ‘jarum halus’ untuk menghalalkan perbuatan rasuah.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jalan Sim-Sim ditutup selepas tanah runtuh sepanjang 150 meter

  • By Fandi
  • September 20, 2026
Jalan Sim-Sim ditutup selepas tanah runtuh sepanjang 150 meter

ESSCOM-AS tingkat kesiapsiagaan pengurusan kecemasan

  • By Fandi
  • September 20, 2026
ESSCOM-AS tingkat kesiapsiagaan pengurusan kecemasan

Nas agama bukan lesen memutihkan tafsiran politik

Nas agama bukan lesen memutihkan tafsiran politik

Ops Ekstrem: JPJ Sabah sita 13 kenderaan, airsus antara ubah suai dikesan

Ops Ekstrem: JPJ Sabah sita 13 kenderaan, airsus antara ubah suai dikesan

Parlimen Sepanggar wajar dipecah dua jika kerusi Sabah ditambah – Mustapha

Parlimen Sepanggar wajar dipecah dua jika kerusi Sabah ditambah – Mustapha

Tabung Najib ‘jarum halus’ UMNO halalkan rasuah – Wanita PKR

Tabung Najib ‘jarum halus’ UMNO halalkan rasuah – Wanita PKR