Perang bendera semarakkan PRN17 Sabah, DUN Sindumin jadi tumpuan

SIPITANG – Memasuki hari keempat kempen namun bahang dan kemeriahan Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah sudah jelas dirasai menerusi perang bendera di sekitar daerah Sipitang.

Tinjauan wartawan TMP di Parlimen Sipitang yang merangkumi dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), iaitu Lumadan dan Sindumin mendapati bendera parti politik mula memenuhi lokasi-lokasi strategik termasuk bulatan, jejantas dan sepanjang jalan utama.

Dari kawasan pekan hingga Long Pasia, panji-panji parti menghiasi pemandangan, menandakan betapa suburnya demokrasi di negeri ini.

Antara yang paling ketara ialah bendera Pakatan Harapan (PH); Parti Warisan (Warisan); Perikatan Nasional (PN) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) yang dipasang rapat di kiri dan kanan jalan pekan Sipitang.

Tumpuan utama PRN kali ini jelas terarah ke DUN Sindumin yang mempunyai 25,536 pengundi, sekali gus menjadi antara kerusi paling panas di kawasan bahagian pendalaman Sabah.

Pilihan Raya kali ini turut menyaksikan pertarungan 10 penjuru, antaranya membabitkan bekas Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Yamani Hafez Musa yang bertanding di atas tiket PH; Yusri Pungut (Warisan); Markus Buas (PIS); Dayang Syafiqah (PN); Sabah Moktar Matussin (STAR); Kanafia Bujang (PKS); Sani Miasin (KDM) dan tiga Bebas iaitu Wilson Liou, Abdilah Jalaf dan Ibrahim Tuah.

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 29 November ini sebagai hari pengundian PRN17 selepas DUN Sabah dibubar pada 6 Oktober lalu dengan tarikh pengundian awal pada 25 November.

Related Posts

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

KUALA LUMPUR – Dakwaan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa nama Kerajaan Perpaduan telah disepakati namun ditukar Kerajaan MADANI tanpa pengetahuan parti itu membuktikan UMNO sedang melakukan repositioning politik…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM6.62 bilion tangani isu sekolah daif Sabah, 245 sekolah siap sepenuhnya

KOTA KINABALU – Sebanyak RM6.62 bilion diperuntukkan bagi melaksanakan 416 projek penggantian penuh sekolah daif di Sabah sepanjang tempoh 2017 hingga 2026. Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, daripada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

RM6.62 bilion tangani isu sekolah daif Sabah, 245 sekolah siap sepenuhnya

RM6.62 bilion tangani isu sekolah daif Sabah, 245 sekolah siap sepenuhnya

Tujuh lelaki dicekup, polis Limbang rampas dadah dalam Ops Tapis Khas

Tujuh lelaki dicekup, polis Limbang rampas dadah dalam Ops Tapis Khas

MA63: Citra Sabah dalam kurikulum sekolah bermula tahun depan

MA63: Citra Sabah dalam kurikulum sekolah bermula tahun depan