Lelaki jatuh dari rumah bot ditemukan lemas

GERIK – Seorang lelaki ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh dari sebuah rumah bot di Jeti Awam Tasik Banding, di sini pada Selasa.

Mangsa, Hizzbullah Mohd Rizalman, 26, ditemukan kira-kira lima meter dari lokasi terakhir dia dilaporkan terjatuh.

Pemangku Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 10.28 pagi.

Menurutnya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik bersama Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) BBP Kuala Kangsar digerakkan ke lokasi untuk melaksanakan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Ketua operasi melakukan penilaian awal dan mengarahkan pencarian dibahagikan kepada tiga zon.

“Zon A melibatkan bot Polis Marin bersama anggota bomba, Zon B membabitkan bot polis Pengkalan Trojan, manakala Zon C menggunakan bot orang awam yang melakukan pencarian dasar dalam radius satu kilometer dari lokasi mangsa dipercayai jatuh.

“Pencarian turut dibantu pasukan skuba swasta dari Syarikat Trapia Tasik Banding,” katanya dalam kenyataan.

Shazlean berkata, pasukan PPDA meneruskan pencarian dengan selaman sedalam 0.3 meter pada jam 4.15 petang.

“Pada jam 5.23 petang, mangsa ditemukan PPDA pada jarak kira-kira lima meter dari lokasi dia dipercayai terjatuh.

“Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Related Posts

PH Sabah belum putuskan penggunaan logo pilihan raya

KOTA KINABALU – Pakatan Harapan (PH) Sabah tegaskan belum ada sebarang keputusan muktamad dibuat berhubung penggunaan logo atau bentuk kerjasama politik yang akan digunakan pada pilihan raya akan datang. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penunggang motosikal cedera dalam kemalangan kendiri di Jalan Poyan Jaya

LIMBANG – Seorang lelaki dilaporkan terlibat dalam kemalangan kendiri membabitkan sebuah motosikal di Jalan Poyan Jaya di sini, pagi tadi. Menurut Ketua Zon 7 Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Limbang,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PH Sabah belum putuskan penggunaan logo pilihan raya

PH Sabah belum putuskan penggunaan logo pilihan raya

Penunggang motosikal cedera dalam kemalangan kendiri di Jalan Poyan Jaya

Penunggang motosikal cedera dalam kemalangan kendiri di Jalan Poyan Jaya

Jangan terpengaruh anasir luar, isu Kampung Gayan Sibugal sudah selesai

Jangan terpengaruh anasir luar, isu Kampung Gayan Sibugal sudah selesai

PKR Sabah perkukuh struktur organisasi, siap sedia bantu jentera PRN Johor, Negeri Sembilan

PKR Sabah perkukuh struktur organisasi, siap sedia bantu jentera PRN Johor, Negeri Sembilan

Sabah sambut baik pandangan PM, pastikan rakyat tempatan nikmati pertumbuhan industri pelancongan

Sabah sambut baik pandangan PM, pastikan rakyat tempatan nikmati pertumbuhan industri pelancongan

Kemalangan 6 sekeluarga maut: Reman pemandu lori ditolak

Kemalangan 6 sekeluarga maut: Reman pemandu lori ditolak