Kita akan jumpa kepimpinan MIC selepas PRN17 Sabah – Tok Mat

BARISAN Nasional (BN) menunggu gelora reda bagi mengadakan perbincangan dengan MIC berhubung keputusan parti itu untuk meninggalkan gabungan itu.

Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, perbincangan bersama kepimpinan tertinggi MIC itu akan diadakan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.

“Kita akan jumpa… saya sendiri akan berusaha untuk berjumpa dengan kepimpinan tertinggi MIC agar kita dapat menyelesaikan segala kekusutan,” katanya seperti dipetik Bernama.

Beliau berkata demikian selepas bertemu jentera BN di Pusat Daerah Mengundi Binsulok bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Membakut pada semalam.

Mohamad berkata, beliau yakin MIC akan membuat pertimbangan terbaik berdasarkan hubungan akrab yang terjalin sejak sekian lama iaitu sebelum negara mencapai kemerdekaan.

“Saya yakin kepimpinan tertinggi MIC akan memikirkan sebaik mungkin dan sedalam-dalamnya kerana MIC merupakan parti yang bersama-sama dengan UMNO dan juga MCA semasa kita memerdekakan tanah air,” katanya.

Mohamad menambah, persahabatan dan kerjasama politik yang telah lama terjalin seharusnya tidak dibiarkan terjejas hanya kerana perbezaan pandangan.

“Jadi, jika ada apa-apa salah faham atau perkara yang perlu dijelaskan… elok kita bawa berunding supaya persahabatan yang telah lama terbina ini tidak terputus begitu saja,” katanya.

Masa depan MIC dalam BN mula tidak menentu susulan timbul usul daripada para perwakilan pada Perhimpunan Agung Tahunan MIC ke-79 di Shah Alam baru-baru ini yang sebulat suara menyokong resolusi untuk meninggalkan gabungan itu.

Meskipun perwakilan menyokong usul keluar namun menurut laporan, keputusan muktamad mengenai masa dan hala tuju kerjasama parti itu akan dibuat oleh Presiden dan Jawatankuasa Kerja Pusat MIC.

Related Posts

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

KUALA LUMPUR – Pengiktirafan Hospital Bukit Mertajam (HBM), Pulau Pinang sebagai antara hospital hijau terbaik dunia merupakan pencapaian yang membanggakan negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menerusi hantaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

PUTRAJAYA – Kes penipuan dalam talian terus mencatatkan angka membimbangkan apabila kerugian dilaporkan mencecah RM958 juta dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, kata Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kanak-kanak 12 tahun antara tiga sekeluarga maut dirempuh lori Imigresen

Kanak-kanak 12 tahun antara tiga sekeluarga maut dirempuh lori Imigresen

JENDELA 2 perlu sedia perkhidmatan internet berkualiti, stabil – James Ratib

  • By Ithma
  • August 19, 2026
JENDELA 2 perlu sedia perkhidmatan internet berkualiti, stabil – James Ratib

MBSJ pasang lebih 200 CCTV Sistem Parkir Pintar

MBSJ pasang lebih 200 CCTV Sistem Parkir Pintar

Saifuddin nafi KDN beri kewarganegaraan ‘secara borong’ kepada warga asing

Saifuddin nafi KDN beri kewarganegaraan ‘secara borong’ kepada warga asing

KPDN Tawau rampas barang kawalan termasuk kenderaan bernilai lebih RM104,000

  • By Fatin
  • August 19, 2026
KPDN Tawau rampas barang kawalan termasuk kenderaan bernilai lebih RM104,000

Kerajaan peruntuk RM412 juta perkasa masyarakat Orang Asli

Kerajaan peruntuk RM412 juta perkasa masyarakat Orang Asli