‘Direct to device’ bakal diuji, Tawau antara lokasi tumpuan

KOTA KINABALU – Kerajaan berhasrat memperkenalkan dan menguji teknologi ‘direct to device’ daripada satelit terus ke telefon bimbit dalam pelaksanaan Program JENDELA Fasa Dua bagi memperluas liputan komunikasi khususnya di kawasan tanpa talian.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, pelaksanaan itu akan dimulakan secara Proof of Concept (POC) di beberapa lokasi terpilih termasuk Tawau bagi menilai keberkesanannya.

“Jalan Protokol di Tawau akan diteliti zama ada sesuai atau tidak khususnya bagi memudahkan komunikasi di kawasan yang langsung tidak mempunyai liputan rangkaian,” katanya berucap pada dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Komunikasi, di sini, pada Isnin.


Dalam perkembangan berasingan, Fahmi berkata, Program Kabel Dasar Laut (SALAM) juga antara usaha strategik kerajaan dalam memastikan capaian internet lebih stabil dan menyeluruh di Sabah.

Katanya, inisiatif yang menghubungkan Sedili ke Kuching, Miri, Tanjung Aru, Sandakan hingga ke Tawau itu merupakan pendekatan baharu yang belum pernah dilaksanakan sebelum ini.

“Pelaksanaan kabel dasar laut itu amat penting sebagai langkah mitigasi sekiranya berlaku kejadian seperti pergerakan tanah yang pernah berlaku sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.

“Kalau tuan-tuan dan puan-puan ingat, sebelum PRN tahun lalu berlaku pergerakan tanah sehingga menyebabkan internet dan elektrik terputus.

“Tetapi jika kita mempunyai rangkaian di pesisir pantai, Insya-Allah capaian internet masih dapat dikekalkan, “jelasnya.


Terdahulu, Fahmi menzahirkan tahniah kepada 68 penerima APC 2025 yang terdiri daripada pegawai-pegawai di bawah Kementerian Komunikasi sebagai tanda penghargaan dan kecemerlangan atas perkhidmatan.

“Kecemerlangan tuan-tuan puan-puan yang hadir pada hari ini harus menjadi pembakar semangat.

“Semoga menjadi inspirasi kepada semua yang belum menerima supaya peluang mereka ada di masa hadapan,” ujarnya.

Related Posts

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

KOTA KINABALU – Ketika kanak-kanak lain seusianya bebas bermain tanpa memikirkan apa-apa, satu kejadian ketika berusia empat tahun mengubah kehidupan Nurhadrieyana Paiman.‎‎Insiden tercucuk pensil menyebabkan penglihatan mata kirinya terjejas, sekali…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

KUCHING – Hari Malaysia perlu dijadikan medan muhasabah nasional untuk menilai sejauh mana negara berjaya membina masyarakat yang matang, berwibawa dan berjiwa besar dalam mendepani cabaran semasa. Yang di-Pertua Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM