George Hiew kekal komited bantu penduduk Karamunting tanpa pilih kasih

SANDAKAN – Calon penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) Karamunting, Datuk George Hiew Vun Zin, menyatakan komitmennya untuk terus membantu rakyat tanpa mengira latar belakang sepanjang tempoh beliau berkhidmat di kawasan itu.

Menurutnya, hubungan erat yang terjalin antara beliau dan pengundi sejak dahulu menjadi asas kepada setiap kerja kebajikan dan penyelesaian masalah yang dilakukan.

“Selama ini hubungan saya dengan pengundi tetap sama. Kalau mereka ada masalah, saya mesti mahu tolong.

“Saya tidak peduli siapa mereka, asalkan mereka pengundi Karamunting, saya tetap cari jalan selesaikan,” katanya ketika ditemui media pada program Santai MADANI Bersama Penduduk Kampung (Kg) Pukat, di sini pada Selasa.

George berkata, selama empat hari kempen berlangsung, beliau dan pasukan telah menjalankan ziarah rumah ke rumah, pertemuan kelompok serta bertemu golongan asnaf di sekitar Karamunting.

“Sokongan sangat menggalakkan. Saya bersyukur kerana pengundi Karamunting masih sayang sama saya.

“Saya orang lama di sini, sudah tiga penggal bersama mereka. Dahulu tidak kenal, sekarang sudah rapat,” katanya.

Mengulas komposisi pengundi, beliau berkata Karamunting mempunyai sekitar 19,000 pengundi, termasuk lebih 6,000 pengundi Tionghoa.

Menurtnya, kebanyakan masalah di Karamunting melibatkan keadaan rumah atas air, khususnya bumbung dan dinding yang uzur.

“Setiap tahun saya ada peruntukan ‘pocket funding’ untuk bantu penduduk baiki rumah. Zink dan playwood memang saya bekalkan untuk mereka,” ujarnya.

Beliau turut berkongsi perancangannya untuk menaik taraf Kg Pukat, sebuah perkampungan nelayan, menjadi kawasan pelancongan dan ‘seafood hub’ bagi menarik lebih ramai pelancong ke Sandakan.

“Komuniti Tionghoa di sini ramai yang nelayan. Jadi kita mahu jadikan Kg Pukat sebagai pusat seafood.

“Kita tidak mahu semua hasil laut dieksport ke luar negara. Pelancong pun boleh datang makan seafood di sini,” katanya.

George memaklumkan bahawa pelbagai perancangan yang sedang berjalan memerlukan masa untuk disempurnakan dan beliau berharap diberi mandat sekali lagi.

“Tujuh tahun ini banyak yang sudah dibuat, tapi banyak lagi perlu diselesaikan.

“Sebab itu saya perlukan satu penggal lagi untuk teruskan pembangunan di Karamunting,” ujar beliau.

Related Posts

Agong terima menghadap Perdana Menteri, bincang perkembangan pentadbiran Kerajaan Persekutuan

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Bukit Tunku, hari ini. Pertemuan hampir sejam itu berlangsung antara lain…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bekas CEO FIC didakwa tipu Lembaga Pengarah berkaitan projek, tanah RM691.7 juta

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Felda Investment Corporation (FIC), Mohd Zaid Abdul Jalil, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan memperdaya Lembaga Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Agong terima menghadap Perdana Menteri, bincang perkembangan pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Agong terima menghadap Perdana Menteri, bincang perkembangan pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Perancangan bandar perlu seiring kesejahteraan rakyat – Dr Sim

Perancangan bandar perlu seiring kesejahteraan rakyat – Dr Sim

Bekas CEO FIC didakwa tipu Lembaga Pengarah berkaitan projek, tanah RM691.7 juta

Bekas CEO FIC didakwa tipu Lembaga Pengarah berkaitan projek, tanah RM691.7 juta

5 juta rakyat dijangka terima manfaat program LESTARI menjelang 2030

5 juta rakyat dijangka terima manfaat program LESTARI menjelang 2030

40 peratus Sabah bukan syarat sokongan politik pada Kerajaan MADANI

  • By Fatin
  • September 29, 2026
40 peratus Sabah bukan syarat sokongan politik pada Kerajaan MADANI

Perancis, Itali atasi lawan dalam saingan Liga UEFA

Perancis, Itali atasi lawan dalam saingan Liga UEFA