Tuntutan 40 peratus: Jawatankuasa khas Persekutuan-Sabah ditubuh

SEBUAH jawatankuasa khas melibatkan Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri ditubuhkan bagi membincangkan mekanisme pelaksanaan tuntutan 40 peratus hasil bersih Sabah seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, jawatankuasa itu akan dipengerusikan bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Safar Untong dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63 (JKTMPMA63) berkata, jawatankuasa khas berkenaan akan melapor kepada JKTMPMA63, namun turut dibenarkan melapor terus kepada Jemaah Menteri berhubung perkembangan perbincangan serta mekanisme yang dicadangkan.

“Tempoh masa untuk kita membincangkan pelaksanaan ini amat singkat. Rundingan bermula hari ini dengan penubuhan jawatankuasa tersebut, dan jika boleh saya mahu mereka memperincikan terus mekanisme pelaksanaannya.

“Saya menunggu laporan dan hasil perbincangan mereka. Yang penting, jawatankuasa ini ditubuhkan dan dapat mengemukakan cadangan kepada kerajaan… kita tunggu laporan penuh nanti,” katanya, lapor Bernama.

Terdahulu Fadillah mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor di Menara Kinabalu pada Isnin, yang turut dihadiri Safar, Johan, dan Peguam Besar Negeri Sabah, Datuk Brenndon Keith Soh.

Pada 17 Oktober lalu, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu memutuskan bahawa Kerajaan Persekutuan bertindak secara tidak sah dan melampaui kuasa Perlembagaan apabila gagal menunaikan hak Sabah terhadap 40 peratus hasil bersih Persekutuan di negeri ini hampir empat dekad.

Mahkamah turut mengarahkan semakan dibuat dalam tempoh 90 hari, manakala persetujuan bersama antara kedua-dua kerajaan perlu dicapai dalam tempoh 180 hari daripada tarikh perintah dikeluarkan berhubung tuntutan pemberian khas 40 peratus hak Sabah bagi tempoh 1974 hingga 2021.

Fadillah berkata, setelah ditubuhkan, jawatankuasa khas itu akan membincangkan skop tugas dan tanggungjawab pelaksanaan tuntutan tersebut serta perbincangan lanjut bersama kerajaan negeri baharu selepas PRN Sabah ke-17 pada 29 November.

“Kerajaan Persekutuan sudah membuat keputusan untuk tidak merayu terhadap tuntutan 40 peratus ini. Oleh itu, keputusan Kabinet Persekutuan adalah mengadakan perbincangan dengan kerajaan negeri. Disebabkan masa ini hanya terdapat caretaker government, adalah lebih penting untuk berjumpa dahulu,” katanya.

Related Posts

PKR susun semula jentera pilihan raya, Amirudin dan Saifuddin diberi peranan utama

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) melakukan penyusunan semula jentera pilihan rayanya apabila melantik Datuk Seri Amirudin Shari dan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menerajui pengurusan pilihan raya parti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Onn Hafiz dedah Istana Johor nasihat mohon maaf kepada Ahmad Zahid

MENTERI Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mendedahkan bahawa nasihat daripada institusi diraja Johor menjadi faktor utama beliau mengambil keputusan untuk memohon maaf secara peribadi kepada Presiden UMNO, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PKR susun semula jentera pilihan raya, Amirudin dan Saifuddin diberi peranan utama

PKR susun semula jentera pilihan raya, Amirudin dan Saifuddin diberi peranan utama

JPJ Perak keluar 510 notis Ops Khas Aidiladha

JPJ Perak keluar 510 notis Ops Khas Aidiladha

Onn Hafiz dedah Istana Johor nasihat mohon maaf kepada Ahmad Zahid

Onn Hafiz dedah Istana Johor nasihat mohon maaf kepada Ahmad Zahid

Umat Islam diajak hayati sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail

Umat Islam diajak hayati sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail

Umat Islam diseru pelihara perpaduan, perkukuh ukhuwah

Umat Islam diseru pelihara perpaduan, perkukuh ukhuwah

Pas dan politik koalisi: Mengapa hubungan sering tidak kekal lama?

Pas dan politik koalisi: Mengapa hubungan sering tidak kekal lama?