Isu PMX naik pesawat rasmi ke Sabah taktik alih isu, permainan persepsi pembangkang

KOTA KINABALU – Isu penggunaan pesawat rasmi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam lawatannya ke Sabah yang dibangkitkan Pas disifafkan sebagai strategi komunikasi politik yang berasaskan persepsi serta tidak menggambarkan realiti pentadbiran negara moden.

Pemerhati hubungan antarabangsa dan politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Nur Ashikin Yusof berkata, serangan itu
lazim digunakan untuk membina sentimen negatif dan mencipta naratif pembaziran walaupun penggunaan pesawat rasmi adalah prosedur standard bagi ketua kerajaan.

Menurut beliau, pendekatan itu juga cenderung mengalihkan perhatian daripada isu dasar yang lebih utama seperti kos sara hidup, penyampaian bantuan, pembangunan infrastruktur dan penyelarasan keselamatan di Sabah.

“Dalam suasana politik negara yang memerlukan kestabilan, retorik berasaskan persepsi seperti ini tidak menyumbang kepada wacana politik yang matang. Faktor yang perlu dibaca secara lebih kritis ialah wujudnya dinamika politik semasa menjelang Pilihan Raya Negeri ke-17 Sabah.

“PRN Sabah secara tradisinya menjadi medan perebutan pengaruh antara blok politik utama termasuk parti tempatan dan parti nasional. Oleh itu, naratif yang menyerang Perdana Menteri melalui isu remeh seperti penggunaan pesawat rasmi boleh dilihat sebagai sebahagian daripada strategi untuk membentuk persepsi awal menjelang PRN,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP), pada Isnin.

Mengulas lanjut, Nur Ashikin memaklumkan, dalam ekosistem politik Sabah yang kompleks, peralihan sokongan boleh berlaku dengan cepat dengan strategi persepsi menjadi senjata utama sesetengah parti bagi menguasai naratif lebih awal.

“Serangan sebegini cuba mencipta imej negatif terhadap kepimpinan PMX dalam usaha menjejaskan sokongan di Sabah terutama ketika kerajaan pusat sedang memperkukuh hubungan dengan kepimpinan negeri serta masyarakat akar umbi,” katanya.

Dalam pada itu, Nur Ashikin menjelaskan, penggunaan pesawat rasmi oleh ketua kerajaan merupakan amalan biasa di semua negara susulan dapat memastikan keselamatan, kecekapan masa dan pematuhan terhadap protokol keselamatan negara.

Katanya, lawatan Perdana Menteri ke Sabah bagi melaksanakan program kerajaan sambil mendekati rakyat yang merupakan sebahagian daripada tanggungjawab rasmi untuk menilai pelaksanaan dasar, memantau projek pembangunan dan mengukuhkan hubungan antara kerajaan pusat dan negeri.

“Sabah merupakan negeri strategik yang memerlukan perhatian berterusan, maka kehadiran Perdana Menteri di lapangan bukan sahaja wajar tetapi penting dalam memastikan jurang pembangunan dapat ditangani secara lebih efektif. Lawatan PMX menggunakan pesawat kerajaan menunjukkan komitmen terhadap kecekapan tadbir urus dan hubungan pusat negeri yang stabil.

“Ia membolehkan rombongan kerajaan bergerak dengan selamat serta menjimatkan kos keselamatan tambahan. Kehadiran Perdana Menteri juga mengukuhkan mesej bahawa kerajaan pusat sentiasa mengambil berat tentang Sabah terutama menjelang PRN yang bakal menentukan landskap politik negeri.

“Pada masa sama, perkara itu menandakan kesediaan kerajaan untuk mendengar isu tempatan secara langsung selain memperkukuh keyakinan rakyat terhadap usaha kerajaan mempercepat pembangunan Sabah,” katanya.

Sehubungan itu, Nur Ashikin menegaskan, isu yang dimainkan lebih berakar pada permainan persepsi menjelang PRN Sabah.

“Kritikan yang membina seharusnya tertumpu kepada hasil dasar dan keberkesanan lawatan bukan kepada aspek kosmetik yang tidak menjejaskan kepentingan rakyat.

“”Penggunaan pesawat rasmi adalah wajar dari sudut keselamatan kecekapan operasi dan penjimatan kos, selaras dengan usaha kerajaan PMX untuk menampilkan politik yang matang konstruktif serta berorientasikan rakyat dalam landskap politik Sabah yang semakin kompetitif menjelang PRN,” katanya.

Related Posts

RCI Tabung Haji: YADIM sokong titah Yang Di-Pertuan Agong siasat tanpa kompromi

YAYASAN Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menyokong titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim supaya dapatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) disiasat secara menyeluruh, telus dan tanpa kompromi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Zakat pendeposit Tabung Haji dilunaskan secara sah mengikut syarak

PUTRAJAYA – Penggunaan kontrak Wadiah Yad Dhamanah oleh Tabung Haji pada 2016 sehingga 2019 merupakan konsep zakat perniagaan secara khultah terhadap keseluruhan dana pendeposit yang dihimpunkan dan diuruskan oleh institusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RCI Tabung Haji: YADIM sokong titah Yang Di-Pertuan Agong siasat tanpa kompromi

RCI Tabung Haji: YADIM sokong titah Yang Di-Pertuan Agong siasat tanpa kompromi

Lebih RM100,000 diperuntuk bagi kajian sistem perkhidmatan bas

Lebih RM100,000 diperuntuk bagi kajian sistem perkhidmatan bas

Buktikan kemampuan di tempat lawan, Sarawak sasar tawan SUKMA Selangor 2026

Buktikan kemampuan di tempat lawan, Sarawak sasar tawan SUKMA Selangor 2026

Selesai segera isu keperluan rakyat melalui projek ‘low-hanging fruits’ – Hajiji

  • By Fatin
  • August 10, 2026
Selesai segera isu keperluan rakyat melalui projek ‘low-hanging fruits’ – Hajiji

Zakat pendeposit Tabung Haji dilunaskan secara sah mengikut syarak

Zakat pendeposit Tabung Haji dilunaskan secara sah mengikut syarak

Pahang rangka dasar komprehensif tangani insiden pokok tumbang

Pahang rangka dasar komprehensif tangani insiden pokok tumbang