Zaidi mahu selesaikan isu infrastruktur di pekan Kota Marudu jika diberi mandat

KOTA MARUDU – Kemudahan infrastruktur di pekan Kota Marudu akan selesai sekiranya mandat diberikan kepada Zaidi Jatil yang merupakan calon N.6 Bandau dari PH dalam Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah ini.

Zaidi berkata, dalam manifestonya bagi DUN Bandau, penyediaan kemudahan asas antara yang menjadi keutamaan bahkan sebelum ini beliau juga pernah mengajukan permohonan kepada Perdana Menteri berhubung isu itu.

“Kita akan cuba selesaikan masalah-masalah di kawasan pekan Bandau dari segi fasiliti seperti jalan dan juga pasar-pasar ini kita akan perbaiki.

“Sebelum ini kita juga kita telah ajukan permohonan kepada Perdana Menteri berkenaan infrastruktur di kawasan ini.

“Dan sudah di lawat oleh pegawai daripada Pejabat Pembangunan Negeri (ICU), Insya-Allah esok kita diberi mandat oleh rakyat, ini sebagai fokus utama kita,” katanya dalam sidang media selepas menyantuni warga pasar Kota Marudu (KM), di sini pada Ahad.

Zaidi mengakui fasiliti di kawasan pekan Kota Marudu sememangnya kurang memberangsangkan yang mana beliau ada mendapat aduan daripada peniaga mengenai jalan raya, sistem perparitan dan bangunan-bangunan kedai.

Jelasnya, antara isu paling ketara apabila hujan dalam masa sehari, air akan naik yang disebabkan oleh sistem perparitan dan menyebabkan kerugian kepada peniaga.

Namun bagaimanapun, sebelum ini beliau telah mengajukan perkara ini kepada Perdana Menteri dan sudah mendapat perhatian.

“Kita usahakan, kita ajukan kepada Perdana Menteri permohonan sebelum ini dan saya pastikan saya akan ‘follow up’ sentiasa untuk permohonan peruntukan ini supaya dapat diselesaikan dengan segera,” ujarnya.

Tambahnya, PH tidak datang dengan pelbagai janji kosong, sebaliknya telah menyelesaikan banyak isu sepanjang tiga tahun ini melalui peruntukan Persekutuan, khususnya daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sementara itu, peniaga pasa itu, Fatma Osmat yang sudah 30 tahun berniaga di pasar itu turut menyuarakan perkara sama.

“Pasar ini memang perlu ditambah baik, kami berharap agar Zaidi dapat bantu naik taraf pasar ini.

“Kalau Zaidi menang pasar ini boleh ditambah baik. Saya memang harap pasar ini ditambah baik, sebab saya memang lama sudah dalam 30 tahun sudah beniaga di sini.

“Keadaan pasar sekarang tidak berapa bagus sudah, kurang teratur. Kalau boleh saya mahu pasar ini ada bumbung,” katanya.

Related Posts

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

AYER KEROH – Hentikan pendekatan berkompromi dengan bekas musuh politik atas alasan kestabilan, sebaliknya tumpukan pelaksanaan agenda reformasi yang masih dituntut rakyat, ujar Angkatan Muda Keadilan (AMK). Naib Ketua AMK,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

PUTRAJAYA – Prestasi luar jangka keluaran dalam negeri kasar (KDNK) sebanyak 6.0 peratus pada suku kedua tahun 2026 (S2 2026) mempamerkan reformasi kerajaan di bawah kerangka Ekonomi MADANI telah membantu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

  • By Fatin
  • August 14, 2026
Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff