40 peratus hasil Sabah: Loke dakwa tindakan Ewon hanya jaga imej

KOTA KINABALU – Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, peletakan jawatan Datuk Ewon Benedick daripada Kabinet Persekutuan berhubung isu tuntutan 40 peratus hasil Sabah lebih bersifat menjaga imej daripada tindakan keberanian sebenar.

Beliau berkata Jemaah Menteri telah mengadakan mesyuarat khas pada 11 November khusus untuk membincangkan keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, sekali gus menunjukkan kepentingan isu berkenaan.

“Selepas perbincangan mendalam, Kabinet mencapai keputusan sebulat suara untuk tidak membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah mengenai hak 40 peratus Sabah,” katanya dalam sidang media di Luyang, petang Ahad.

Menurutnya, kerajaan hanya bercadang memfailkan rayuan terhadap beberapa aspek penghakiman yang membawa implikasi serius, termasuk dakwaan bahawa Kerajaan Persekutuan sejak 1974 telah bertindak secara salah dan menyalahgunakan kuasa.

“Kalau kita tidak cabar dapatan itu, ia seolah-olah kerajaan sekarang mengakui bagi pihak kerajaan dahulu bahawa ada penyalahgunaan kuasa.

“Ia boleh membawa implikasi jenayah,” katanya.

Loke menegaskan rayuan tersebut tidak menyentuh hak 40 peratus Sabah, sebaliknya hanya berkaitan alasan dalam penghakiman.

Dalam pada itu, beliau mempersoalkan pendirian Ewon yang lantang mengkritik Kabinet tetapi tidak hadir dalam mesyuarat khas yang membincangkan isu berkenaan.

“Ewon terus memainkan isu ini, seolah-olah mahu menonjol sebagai wira. Tetapi hakikatnya, beliau tidak hadir pada mesyuarat Kabinet khas tersebut,” katanya.

Menurutnya, mesyuarat berkenaan turut dihadiri Peguam Negara bagi memberikan penjelasan kepada Jemaah Menteri.

“Beliau tahu mengenai mesyuarat itu. Tetapi beliau tidak hadir,” katanya.

Loke berkata, walaupun Ewon mengumumkan peletakan jawatannya pada 8 November, ia belum berkuat kuasa kerana beliau kini sedang bercuti dan secara teknikal masih anggota Kabinet.

Katanya, Ewon sepatutnya hadir untuk menyatakan hujahnya secara rasmi, termasuk jika mahu mencabar pandangan Peguam Negara ataupun Kabinet.

“Jika beliau benar-benar berani, beliau boleh datang ke mesyuarat Kabinet dan menyuarakan pendiriannya di situ. Itu yang akan direkodkan,” ujarnya.

Menurut Loke, kenyataan Ewon yang mengatakan Kabinet mengabaikan suara Sabah adalah tidak adil dan mengelirukan.

“Tidak wajar mengatakan Kabinet mengabaikan Sabah sedangkan perbincangan penuh telah dibuat dan beliau mempunyai peluang untuk menyatakan pendirian,” katanya.

Beliau menyimpulkan bahawa keberanian sebenar ialah berdepan Kabinet sebelum membuat keputusan meletak jawatan.

“Kalau percaya keputusan itu salah, lawan di dalam Kabinet. Cabar AG, cabar Perdana Menteri, kemudian letak jawatan.

“Itu baru saya panggil wira,” katanya.

Related Posts

Lawatan China: Anwar fokus kerjasama ekonomi, pelaburan dan TVET

SHANGHAI – Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan agenda lawatan kerja beliau ke China hari ini dengan memberi tumpuan kepada pengukuhan kerjasama ekonomi, pelaburan dan pembangunan kemahiran. Perdana Menteri dijadual mengadakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar yakin 22 anak muda mampu serlah bakat TVET di Shanghai

SHANGHAI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyatakan keyakinan terhadap kemampuan 22 anak muda Malaysia yang membawa cabaran negara pada Pertandingan Kemahiran Dunia Shanghai 2026. Beliau berkata, penyertaan mereka…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Skuad United dalam keadaan terlalu lemah

Skuad United dalam keadaan terlalu lemah

Pemansuhan syarat ekuiti 30 peratus tidak jejas pemilikan Bumiputera dalam IPS

Pemansuhan syarat ekuiti 30 peratus tidak jejas pemilikan Bumiputera dalam IPS

Pemuliharaan Tebingan Batang Mukah jamin kelestarian, manfaat komuniti

Pemuliharaan Tebingan Batang Mukah jamin kelestarian, manfaat komuniti

Lawatan China: Anwar fokus kerjasama ekonomi, pelaburan dan TVET

Lawatan China: Anwar fokus kerjasama ekonomi, pelaburan dan TVET

Model negara bukan sekadar dalil, Pas perlu jawab dengan dasar dan prestasi

Model negara bukan sekadar dalil, Pas perlu jawab dengan dasar dan prestasi

Anwar yakin 22 anak muda mampu serlah bakat TVET di Shanghai

Anwar yakin 22 anak muda mampu serlah bakat TVET di Shanghai