Akar umbi tidak puas hati, anak muda boikot calon Warisan DUN Petagas

PETAGAS – Pemilihan Datuk Uda Sulai mewakili parti Warisan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Petagas berbanding anaknya Juriah Uda telah mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan penyokong akar umbi parti.

Sumber dalaman parti memaklumkan, Juriah yang merupakan Ketua Wanita Warisan Bahagian Putatan sudah lebih awal turun padang melakukan gerak kerja sejak beberapa bulan lalu, termasuk menjalankan program komuniti dan siri libat urus bersama pengundi muda.

Namun, tindakan Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, yang mengekalkan Uda Sulai sebagai calon dikatakan menimbulkan rasa kecewa dan tidak puas hati dalam kalangan penyokong setempat.

“Keputusan mencalonkan Uda berbanding anaknya disifatkan tidak mencerminkan usaha sebenar jentera di lapangan yang sudah lama membina keyakinan rakyat terhadap calon baharu yang lebih segar.

“Ramai ahli, terutama anak muda, merasakan parti seolah-olah mengulangi kesilapan apabila meletakkan calon yang sudah berusia lebih 80 tahun sedangkan kehendak pengundi hari ini menuntut kelantangan dan kecekapan wakil rakyat membawa isu setempat ke persidangan DUN,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP), pada Ahad.

Mengulas lanjut, sumber memaklumkan,
keputusan yang dibuat kepimpinan tertinggi Warisan dilihat sebagai kecenderungan memilih ‘kroni’ atau kelompok terdekat, dan bukannya berdasarkan kemampuan calon untuk mengukuhkan sokongan terhadap parti dalam suasana politik Sabah yang semakin mencabar.

Beliau menjelaskan, kempen tidak rasmi digerakkan Juriah sebelum ini turut mendapat sambutan positif daripada golongan belia yang mahu melihat wajah baharu tampil sebagai wakil rakyat di Petagas.

“Ada sudah dalam kalangan mereka yang mula merangka strategi media sosial dan komuniti bagi memperkenalkan Juriah sebagai pilihan masa depan namun Presiden memilih sebaliknya.

“Apa merisaukan kita, wujud sebahagian besar kelompok belia mula memboikot calon Warisan di Petagas. Mereka tidak mahu memberi sokongan penuh kepada calon berumur yang dianggap sukar mengikuti perkembangan semasa serta keperluan pengundi generasi muda yang semakin kompleks dan pelbagai.

“Kalau sebelum ini Datuk (Uda) boleh tolak tawaran dari pihak lawan untuk melompat dari Warisan, takkan tidak boleh beri peluang kepada anaknya sendiri untuk menjadi calon dalam membawa suara rakyat melaksana pembaharuan dalam membangun DUN Petagas,” katanya.

Related Posts

Lawatan China: Anwar fokus kerjasama ekonomi, pelaburan dan TVET

SHANGHAI – Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan agenda lawatan kerja beliau ke China hari ini dengan memberi tumpuan kepada pengukuhan kerjasama ekonomi, pelaburan dan pembangunan kemahiran. Perdana Menteri dijadual mengadakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar yakin 22 anak muda mampu serlah bakat TVET di Shanghai

SHANGHAI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyatakan keyakinan terhadap kemampuan 22 anak muda Malaysia yang membawa cabaran negara pada Pertandingan Kemahiran Dunia Shanghai 2026. Beliau berkata, penyertaan mereka…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuliharaan Tebingan Batang Mukah jamin kelestarian, manfaat komuniti

Pemuliharaan Tebingan Batang Mukah jamin kelestarian, manfaat komuniti

Lawatan China: Anwar fokus kerjasama ekonomi, pelaburan dan TVET

Lawatan China: Anwar fokus kerjasama ekonomi, pelaburan dan TVET

Model negara bukan sekadar dalil, Pas perlu jawab dengan dasar dan prestasi

Model negara bukan sekadar dalil, Pas perlu jawab dengan dasar dan prestasi

Anwar yakin 22 anak muda mampu serlah bakat TVET di Shanghai

Anwar yakin 22 anak muda mampu serlah bakat TVET di Shanghai

Tujuh pelajar sekolah agama ditahan bantu siasatan kes buli

Tujuh pelajar sekolah agama ditahan bantu siasatan kes buli

Dua wanita ditahan disyaki ejen judi dalam talian

Dua wanita ditahan disyaki ejen judi dalam talian