Saya kekal bersemangat kerana fikir kepentingan rakyat, kata Wan Rosdy

KUANTAN – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, beliau tidak berasa penat walaupun menjadi tetamu untuk dua sesi town hall dalam masa kurang 72 jam.

Sebaliknya, beliau memaklumkan sokongan dan kehadiran peserta yang di luar jangkaan seperti memberi ‘tenaga’ kepadanya untuk terus memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat Pahang.

“Rakyat perlu tahu cerita sebenar berasaskan fakta… ini penting untuk berdepan dunia media sosial yang dipenuhi persepsi, permainan sentimen dan fitnah,” katanya.

Wan Rosdy menjawab demikian ketika ditanya mengenai dari mana datang semangat dimiliki beliau mengharungi dua town hall dalam tempoh seminggu.

Selasa lalu, beliau tampil dalam sesi Town Hall Rakyat anjuran Sinar Harian, dan hari ini pula Town Hall Pahang 1st Lecture Series bersama pelajar institusi pengajian tinggi anjuran Yayasan Pahang (YP) di Kompleks YP, dekat Tanjung Lumpur.

“Kerajaan negeri sentiasa membuka ruang untuk bersemuka dengan rakyat bagi menjelaskan hala tuju pembangunan negeri menerusi program town hall.

“Kita tidak mahu rakyat Pahang mendapat maklumat ataupun berita yang tidak sahih kerana ini akan menggugat keharmonian sesama kita.

“Kita tidak mahu adanya politik sempit di negeri ini dan amalan demokrasi itu diamalkan sebaik mungkin,” tambahnya.

Wan Rosdy turut menambah, pembangkang diharap menegur kerajaan dan memberikan cadangan membina, bukan memainkan persepsi serta sentimen yang boleh menyebabkan rakyat rasa tidak senang dengan kerajaan.

Ujarnya, rakyat perlu mengetahui apa yang dilakukan kerajaan negeri supaya mereka dapat membuat pilihan yang tepat apabila tiba masanya.

“Harus kita tepis perkara ini… sebab itu kita memang buat yang terbaik dan rakyat perlu tahu supaya nanti, bila sampai masa mereka untuk memilih kembali kerajaan.

“Ini kerana mereka dapat menilai prestasi yang dibuat dan membuat keputusan tidak berasaskan persepsi, sentimen, isu ataupun fitnah,” jelasnya.

Related Posts

Jangan takut mencuba, teroka potensi menerusi Rakan Muda – Mansur Asun

PUTATAN – Golongan muda di Sabah digalakkan berani mencuba perkara baharu dan meneroka potensi diri kerana langkah kecil hari ini mampu berkembang menjadi kemahiran, kerjaya atau kejayaan pada masa hadapan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Empat projek naik taraf jalan Sepanggar mahu disiapkan tahun ini

KOTA KINABALU – Empat projek menaik taraf jalan di kawasan Parlimen Sepanggar yang telah mendapat kelulusan Kementerian Ekonomi disasarkan dapat disiapkan tahun ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan mahu lulusan pondok tembusi universiti, sistem pendidikan awam – PM

Kerajaan mahu lulusan pondok tembusi universiti, sistem pendidikan awam – PM

Institusi pondok perlu kuasai AI, tradisi ilmu baharu diperkasa – PM

Institusi pondok perlu kuasai AI, tradisi ilmu baharu diperkasa – PM

Jangan takut mencuba, teroka potensi menerusi Rakan Muda – Mansur Asun

Jangan takut mencuba, teroka potensi menerusi Rakan Muda – Mansur Asun

Empat projek naik taraf jalan Sepanggar mahu disiapkan tahun ini

Empat projek naik taraf jalan Sepanggar mahu disiapkan tahun ini

PKR sedia lawan dengan siapa saja dalam PRN Melaka

PKR sedia lawan dengan siapa saja dalam PRN Melaka

NGO gesa dokumen pengampunan Najib didedah sepenuhnya

  • By Ezmie
  • September 19, 2026
NGO gesa dokumen pengampunan Najib didedah sepenuhnya