Dua lelaki ditahan disyaki terlibat akaun keldai sindiket penipuan

SARATOK – Polis menahan dua lelaki tempatan di Saratok dan Kabong selepas disyaki terbabit sebagai akaun keldai dalam beberapa kes penipuan dalam talian yang melibatkan kerugian puluhan ribu ringgit di beberapa negeri.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, tangkapan pertama dilakukan sekitar 2 petang Isnin di Saratok, membabitkan seorang lelaki berusia 23 tahun yang disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan penipuan telefon dengan jumlah kerugian sebanyak RM23,050.

“Hasil siasatan mendapati suspek pernah membuka akaun di Bank Simpanan Nasional (BSN) semasa menerima biasiswa dan mendakwa kad ATM miliknya telah hilang.

“Suspek turut menafikan mengenali mangsa bernama Nur Irdina Aripin serta tidak pernah menyerahkan kad ATM tersebut kepada sesiapa,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Menurut beliau, suspek pertama dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangan diambil.

Tangkapan kedua pula dilakukan pada Selasa sekitar jam 11.30 pagi di Kabong, melibatkan seorang lelaki berusia 25 tahun yang juga disyaki bertindak sebagai akaun keldai dalam tiga kes penipuan di Sabah, Selangor dan Johor.

“Siasatan mendapati akaun Ambank milik suspek digunakan untuk menerima wang berjumlah RM63,314.12 hasil kegiatan penipuan di tiga kontinjen berbeza,” jelas Mathew.

Tambahnya, suspek mengaku menyerahkan kad ATM akaun tersebut kepada rakan sekerja atas alasan untuk urusan gaji, namun mendakwa tidak mengetahui kemasukan sejumlah wang ke dalam akaun miliknya.

Kedua-dua suspek kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu, dan masing-masing telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas siasatan serta proses pengambilan cap jari selesai.

Mathew turut menasihati orang ramai agar tidak menyerahkan kad ATM atau maklumat perbankan kepada individu lain, bagi mengelakkan ia disalah guna oleh sindiket penipuan dalam talian.

Related Posts

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

ALOR SETAR – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencatat sejarah sebagai kerabat diraja pertama yang menjalani dan menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU),…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

LIMBANG – Masyarakat di kawasan perbatasan digesa untuk memainkan peranan proaktif sebagai mata dan telinga kerajaan dengan menyalurkan maklumat berhubung sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP