Kemudahan infrastruktur strategik faktor penarik pelabur

KUANTAN – Rakyat Pahang perlu bersedia menerima kehadiran pelabur dan peningkatan jumlah pelancong yang dijangka berlaku hasil projek strategik berimpak tinggi yang sedang dibangunkan di negeri ini.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, antaranya pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), laluan Lingkaran Tengah Utama (LTU) dan Pelabuhan Kuantan yang bakal memacu pembangunan ekonomi Pahang.

Menurutnya, ketiga-tiga projek itu membentuk rangkaian infrastruktur strategik yang memperkukuh kedudukan Pahang sebagai hab logistik dan perdagangan serantau Pantai Timur.

“Projek ECRL yang akan menghubungkan Pahang terus ke Pantai Barat akan memendekkan masa perjalanan serta mengurangkan kos logistik sekaligus membuka peluang besar kepada pembangunan industri, pelancongan dan perdagangan.

“Sementara itu, laluan LTU pula akan menjadi tulang belakang kepada sistem jalan raya moden yang menghubungkan daerah-daerah pedalaman di Pahang Barat dengan bandar utama, manakala Pelabuhan Kuantan berperanan sebagai pintu masuk utama perdagangan antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Town Hall Rakyat anjuran Sinar Harian yang berlangsung di Dewan Datuk Seri Abdul Manan Ismail di sini, malam tadi.

Wan Rosdy berkata, kemudahan yang strategik itu dijangka membantu menarik lebih ramai pelabur dan pelancong ke negeri ini akan datang.

“Dalam keadaan sekarang biarpun ketiga-tiga kemudahan itu belum siap sepenuhnya, kehadiran pelancong ke Pahang terus meningkat saban tahun.

“Sektor pelancongan Pahang terus menunjukkan perkembangan positif apabila merekodkan hampir 13 juta pelancong dalam tempoh Januari hingga September berbanding jumlah keseluruhan tahun lalu iaitu 13.74 juta pelancong,” ujarnya.

Beliau yakin menjelang hujung tahun ini, jumlah kehadiran pelancong dijangka mencapai angka 15 juta.

Sementara itu katanya, inisiatif kerajaan negeri membangunkan kawasan 16 kilometer radius sepanjang stesen ECRL turut menjadi faktor penarik untuk pelabur dan pelancong.

“Kita ada tujuh stesen di mana kawasan yang diisytiharkan ini akan dimajukan dengan bangunan komersial, perumahan pusat tarikan dan sebagainya.

“Di Bentong misalnya, kita lancarkan Pangsapuri Pahangku di mana projek perintis ini bakal menyediakan pilihan kediaman moden, kondusif dan mampu milik kepada rakyat khususnya golongan muda, pekerja bandar dan pasangan berpendapatan sederhana,” katanya.

Jelasnya, projek itu dibangunkan berhampiran lokasi Stesen ECRL Bentong dengan penekanan kepada keseimbangan antara perumahan, mobiliti dan pembangunan ekonomi setempat.

“Ini semua bakal menjadi faktor penarik untuk pelabur dan pelancong datang ke Pahang jadi rakyat Pahang perlu bersedia,” katanya.

Related Posts

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

ALOR SETAR – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencatat sejarah sebagai kerabat diraja pertama yang menjalani dan menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU),…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

LIMBANG – Masyarakat di kawasan perbatasan digesa untuk memainkan peranan proaktif sebagai mata dan telinga kerajaan dengan menyalurkan maklumat berhubung sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP