Polis tutup, lencongkan laluan pada Hari Penamaan Calon PRU17 Sabah Nov ini

LAHAD DATU – Polis Daerah Lahad Datu akan menutup sementara dua jalan dan melencongkan beberapa laluan bagi melancarkan proses Hari Penamaan Calon Pilihan Raya Umum ke-17 (PRU17) Dewan Undangan (DU) Sabah di Dewan Perdana, Sabtu ini.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail berkata, penutupan jalan itu dibuat bermula pukul 5 pagi hingga 12 tengah hari.

“Ia membabitkan Jalan Lahad Datu-Tawau bagi kedua-dua arah bermula dari arah lampu isyarat Kampung Terusan menuju ke lampu isyarat Bandar Sri Perdana.

“Seterusnya bagi laluan Kampung Betik, jalan ditutup dari Bulatan Bukit Perdana dan dilencongkan masuk ke Taman Sri Perdana,” katanya dalam kenyataan media, pada Selasa.

Beliau berkata, jalan lencongan juga akan dibuat bagi penduduk di kawasan Taman Aman dan Taman Harapan serta kawasan sekitar.

Sehubungan itu, pengguna jalan raya diingatkan agar merancang perjalanan sebaik mungkin menggunakan laluan alternatif bagu mengelak sebarang kesesakan lalu lintas di sepanjang jalan yang ditutup.

“Turut diingatkan agar semua calon yang bertanding memaruhi segala undang-undang dan peraturan yang ditetapkan serta tidak melakukan kesalahan yang boleh menganggu kelancaran proses hari penamaan calon.

“Calon dan wakil calon juga dikehendaki mengawal emosi penyoking serta tidak menimbulkan sebarang provokasi terhadap penyokong parti lain,” katanya.

Tegasnya, pergerakan konvoi kenderaan untuk mempamer kehebatan parti juga tidak dibenarkan selain memastikan calon atau wakil menjaga tingkah laku penyokong masing-masing.

Related Posts

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

SEMPORNA – Rangkaian Rakan Niaga Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di seluruh negara kini mencecah 14,068 premis setakat 7 Ogos lalu, berbanding kira-kira 700 premis ketika program itu diperkenalkan pada 2024.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

ALOR SETAR – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencatat sejarah sebagai kerabat diraja pertama yang menjalani dan menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU),…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP