PMX kekalkan pendekatan neutral, elak ASEAN terjebak persaingan kuasa besar

PUTRAJAYA – Tiada keperluan untuk ASEAN merangka dasar pertahanan dan keselamatan bersama, seperti yang dicadangkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pemerhati hubungan antarabangsa dan keselamatan Universiti Utara Malaysia (UUM), Nur Ashikin Yusof berkata, penolakan cadangan itu bukanlah tanda kelemahan dasar pertahanan Malaysia, sebaliknya menggambarkan pendekatan rasional dan berpandangan jauh kerajaan dalam memastikan ASEAN terus kekal sebagai zon aman, bebas, serta berkecuali.

Menurut beliau, perkara terbabit selaras dengan prinsip Dasar Luar Malaysia MADANI yang mengutamakan keamanan, keadilan, dan kerjasama konstruktif.

“Dalam konteks keselamatan antarabangsa, kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat lebih berhati-hati terhadap sebarang cadangan yang boleh menjejaskan prinsip asas ASEAN seperti tidak campur tangan dan konsensus bersama.

“Pembentukan dasar pertahanan bersama, walaupun berniat baik, boleh mencetuskan kebimbangan terhadap isu kedaulatan dan jurang kemampuan ketenteraan antara negara anggota,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP), pada Selasa.

Sehubungan itu, Nur Ashikin berpandangan, langkah berhati-hati kerajaan untuk tidak menyokong cadangan tersebut secara terbuka menunjukkan kematangan dalam menilai keseimbangan antara idealisme kerjasama serantau dan realiti geopolitik semasa.

Jelasnya, Malaysia menyedari bahawa kekuatan ASEAN terletak pada keupayaan diplomatik dan keutuhan prinsipnya, bukan pada pembentukan blok ketenteraan baharu yang berisiko menimbulkan ketegangan dengan kuasa luar.

“Selain itu, dasar luar Malaysia di bawah PMX turut berorientasikan kepada kerjasama yang lebih berfokus kepada keselamatan bukan tradisional seperti keselamatan maritim, siber, tenaga, dan kemanusiaan.

“Pendekatan terbabit membuktikan kerajaan berpegang kepada konsep ‘keselamatan komprehensif’, yang melihat kestabilan politik, ekonomi, dan sosial sebagai sebahagian daripada keselamatan serantau,” katanya.

Sementara itu, Nur Ashikin memaklumkan, pendekatan kerajaan kini lebih berasaskan prinsip pragmatik dan diplomatik, selaras dengan semangat kerjasama ASEAN yang menekankan penyelesaian secara aman, rundingan berterusan, dan saling menghormati kedaulatan negara anggota.

“Malaysia di bawah PMX kekal konsisten dengan dasar luar yang bebas dan berkecuali, di mana keutamaan diberikan kepada kestabilan serantau serta keseimbangan hubungan dengan kuasa besar seperti Amerika Syarikat (AS) dan China.

“Dasar itu bukan sahaja memastikan kepentingan nasional terpelihara, tetapi turut memperkukuh imej Malaysia sebagai pelaku diplomasi sederhana yang berupaya menjadi pengantara di peringkat serantau,” katanya.

Terdahulu, Mahathir menggesa ASEAN merangka dasar pertahanan dan keselamatan bersama bagi memperkukuh keupayaan blok serantau ini berdepan kuasa besar seperti AS dan China.

Tegasnya, perbezaan dasar antara negara anggota melemahkan keupayaan ASEAN melindungi kepentingan kolektifnya.

Mahathir turut mendakwa pihaknya mendapati ada negara anggota memilih untuk memihak kepada kuasa besar, merujuk pendirian ‘pro-Amerika’ yang diambil Singapura dan Filipina.

Related Posts

Muhasabah, akhlak baik kunci umat Islam tampil sebagai teladan – PM

SERDANG – Umat Islam perlu melakukan muhasabah dan memperkukuh sahsiah bagi memastikan Islam terus dipersembahkan melalui akhlak serta teladan yang baik, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perdana Menteri berkata, cara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Cadangan audit forensik FELDA akan dibawa ke Kabinet – PM

SERDANG – Kerajaan akan membincangkan cadangan pelaksanaan audit forensik terhadap Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dalam mesyuarat Kabinet, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perdana Menteri berkata, cadangan berkenaan susulan saranan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Amirudin seru semarak Maulidur Rasul dengan kasih sayang, ukhuwah

Amirudin seru semarak Maulidur Rasul dengan kasih sayang, ukhuwah

Muhasabah, akhlak baik kunci umat Islam tampil sebagai teladan – PM

Muhasabah, akhlak baik kunci umat Islam tampil sebagai teladan – PM

Polis nafi dakwaan kes culik wanita di Karak

Polis nafi dakwaan kes culik wanita di Karak

68 rumah terima bantuan awal, rosak akibat kejadian ribut

68 rumah terima bantuan awal, rosak akibat kejadian ribut

Cadangan audit forensik FELDA akan dibawa ke Kabinet – PM

Cadangan audit forensik FELDA akan dibawa ke Kabinet – PM

Amirudin teliti kerjasama PH-BN hadapi PRN Melaka – Anwar

Amirudin teliti kerjasama PH-BN hadapi PRN Melaka – Anwar