Letupan di Delhi, 8 sah maut

NEW DELHI – Sekurang-kurangnya lapan terbunuh manakala 19 lagi cedera dalam satu letupan kereta di kawasan sibuk di tengah-tengah ibu negara India, lewat petang semalam.

Pihak polis belum mengumumkan punca kejadian namun memaklumkan pasukan forensik serta unit antikeganasan berada di lokasi berhampiran mercu tanda terkenal, Red Fort.

Dalam pada itu, Perdana Menteri India, Narendra Modi menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dan memaklumkan beliau sedang memantau perkembangan berkaitan bersama Menteri Dalam Negeri, Amit Shah serta beberapa pegawai kanan lain.

“Takziah kepada mereka yang kehilangan insan tersayang dalam letupan di Delhi… semoga mangsa yang cedera segera pulih,” katanya dalam satu kenyataan sambil menambah pihak berkuasa sedang menyalurkan bantuan kepada mangsa.

Letupan berlaku ketika orang ramai pulang dari tempat kerja, berhampiran sebuah stesen metro di kawasan sesak Old Delhi.

Beberapa ambulans dilihat bergegas ke hospital awam berdekatan membawa mangsa cedera, menurut wartawan AFP di lokasi.

Timbalan Ketua Jabatan Bomba New Delhi, AK Malik berkata, setakat ini lapan orang disahkan maut dan 19 cedera.

Pesuruhjaya Polis Delhi, Satish Golcha pula memaklumkan kepada wartawan bahawa sebuah kenderaan yang bergerak perlahan berhenti di lampu isyarat, kemudian berlaku letupan di dalam kenderaan itu, menyebabkan beberapa kenderaan berdekatan turut rosak.

Jurugambar AFP di tempat kejadian melaporkan terdapat tompokan darah di atas jalan raya.

Di Hospital LNJP, suasana kecemasan bertukar huru-hara apabila mangsa dibawa masuk dan doktor bertungkus lumus memberi rawatan.

Ketua Pembangkang, Rahul Gandhi, dalam satu kenyataan menyifatkan berita letupan kereta berhampiran Stesen Metro Red Fort di Delhi amat menyayat hati.

Kebakaran turut memusnahkan sekurang-kurangnya enam kereta dan beberapa teksi roda tiga bermotor.

Related Posts

Trump arah ketua perisikan sementara pecat kakitangan

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menggesa ketua perisikan sementara yang baharu dilantik supaya memulakan tindakan memecat kakitangan. Perkara itu menambah kontroversi berhubung pelantikan individu tidak mempunyai pengalaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Israel rancang perluas 70 peratus wilayah Gaza, garisan kuning kian menghimpit

RANCANGAN Israel untuk meluaskan penguasaan ketenteraannya sehingga merangkumi 70 peratus wilayah Gaza mencetuskan kebimbangan mendalam dalam kalangan warga Palestin yang menyifatkan zon perlindungan sivik kini semakin mengecil dan tidak lagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Surau Ad-Dhuha lokasi Outreach Komuniti Sungai Lembing

Surau Ad-Dhuha lokasi Outreach Komuniti Sungai Lembing

RM50 juta dana PTPK sokong pelaksanaan TVET 2.0

RM50 juta dana PTPK sokong pelaksanaan TVET 2.0

Trump arah ketua perisikan sementara pecat kakitangan

Trump arah ketua perisikan sementara pecat kakitangan

Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

Permohonan undi pos PRN Johor dibuka

Permohonan undi pos PRN Johor dibuka