Petronas terima permit CCS luar pesisir

PUTRAJAYA – Anak syarikat milik penuh Petronas, Petronas CCS Ventures Sdn Bhd (PCCSV), menerima permit penilaian luar pesisir bagi pemerangkapan dan penyimpanan karbon (CCS) di kawasan Duyong daripada agensi MyCCUS.

Permit itu adalah yang pertama dikeluarkan di bawah Akta Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon 2025 (Akta CCUS 2025) yang mula berkuatkuasa pada 1 Oktober 2025, menandakan pencapaian bersejarah bagi sektor tenaga Malaysia.

Permit penilaian luar pesisir memberi hak eksklusif untuk menjalankan penilaian geologi menyeluruh di medan Duyong, yang terletak di luar pesisir Semenanjung Malaysia. Ia juga membolehkan kerjasama berterusan antara PCCSV, TotalEnergies dan Mitsui & Co Ltd (MITSUI) di bawah Perjanjian Prinsip Utama (KPA) sejak Julai 2025 bagi mengkaji potensi kawasan itu sebagai tapak penyimpanan karbon.

Ketua Pegawai Eksekutif PCCSV, Emry Hisham Yusoff memberitahu Bernama, permit ini adalah pencapaian penting untuk projek CCS Duyong dan membolehkan syarikat melangkah ke fasa seterusnya dalam kajian teknikal serta penilaian komersial.

“Permit ini mengukuhkan lagi komitmen Petronas terhadap pengurangan pelepasan karbon dan menyediakan penyelesaian penyahkarbonan kepada pelanggan serta rakan kongsi kami,” katanya.

Petronas menegaskan semua aktiviti penilaian akan dijalankan mengikut Akta CCUS 2025 dan Peraturan Permit dan Pelesenan Luar Pesisir 2025, mematuhi undang-undang negara serta garis panduan berkaitan.

KPA juga membolehkan penyediaan asas bagi fasa reka bentuk awal kejuruteraan kawasan Duyong, membuka peluang kepada penyelesaian CCS bersepadu pertama seumpamanya di Asia Pasifik.

Pengeluaran permit ini dianggap langkah penting dalam membangunkan industri CCS Malaysia dan meletakkan negara sebagai peneraju serantau dalam kerjasama CO₂ rentas sempadan serta peralihan tenaga bertanggungjawab.

Petronas menegaskan usaha ini menyokong matlamat sifar bersih 2050 dan komitmen iklim serantau serta global.

Related Posts

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

SEREMBAN – Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan mencabar pihak yang mendakwa Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, sudah melalui penyiasatan yang secukupnya dan sepenuhnya sebelum…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meninjau kawasan G Hillstand, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) yang menempatkan sebahagian besar pemegang Tiket MADANI sempena perlumbaan Formula 1…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta

Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta

Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

Verstappen raih podium di Sepang, ulang kejayaan 2017

Verstappen raih podium di Sepang, ulang kejayaan 2017