Keputusan 40 peratus hasil Sabah ditentukan esok – PMX

TAWAU – Kerajaan akan memuktamadkan keputusan berkenaan tuntutan pemulangan hak 40 peratus hasil Sabah dalam Mesyuarat Khas Jemaah Menteri, esok, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, kerajaan juga akan mendengar pandangan daripada Peguam Negara sebelum keputusan itu dibuat.

“Tentang 40 peratus, Hakim kata mesti runding. Kita runding. Tak ada masalah. Tapi sekarang nak runding dengan siapa? Sekarang ‘Caretaker Government’.

“Saya beritahu AG, mahkamah dah putus. Tapi tak boleh runding dengan Sabah sekarang sehingga selesai pilihan raya,” katanya semasa berucap dalam Majlis Peluncuran Bangunan Baharu Hospital Tawau di sini, pada Isnin.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, rundingan-rundingan sebelum ini telah dibuat sejak 2023 yang dipengerusikan beliau bersama Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Katanya, banyak perkara telah diselesaikan termasuklah pengambil alihan kawal selia elektrik Sabah yang dituntaskan dalam rundingan terbabit dan mahkamah perlu tahu rundingan tersebut.

Dalam pada itu katanya, Kerajaan Persekutuan sentiasa menyalurkan peruntukan lebih kepada Sabah termasuklah RM600 juta setahun.

“Saya datang sebagai Perdana Menteri menyatakan saya bersedia mengangkat kedudukan Sabah supaya maju.

“Pakatan Harapan dan PKR pun tidak ambil kerusi yang banyak. Kita tak berebut jawatan ketua menteri. Orang Sabah nak pergi pilih, pilih.

“Tapi saya pesan pilih orang yang boleh berkawan dengan kita kerana yang bertanding kita di sini termasuk Merotai ni, tanggungjawab dia (Ruji) menjaga supaya kepentingan rakyat terbela dengan hubungan baik negeri dan persekutuan.

“Jadi ini yang saya nak,” katanya.

Related Posts

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

SEREMBAN – Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan mencabar pihak yang mendakwa Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, sudah melalui penyiasatan yang secukupnya dan sepenuhnya sebelum…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meninjau kawasan G Hillstand, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) yang menempatkan sebahagian besar pemegang Tiket MADANI sempena perlumbaan Formula 1…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta

Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta

Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

Verstappen raih podium di Sepang, ulang kejayaan 2017

Verstappen raih podium di Sepang, ulang kejayaan 2017