Kerajaan perkukuh saluran komunikasi dengan media – KSN

KERAJAAN akan memperkukuh saluran komunikasi dengan pihak media bagi memastikan penyampaian maklumat kepada rakyat lebih tepat dan berkesan, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Beliau berkata, langkah penambahbaikan komunikasi itu akan dibincangkan dalam Mesyuarat Pasukan Petugas Khas Reformasi Agensi (STAR) yang dijadual berlangsung minggu depan, sebagai usaha mengukuhkan hubungan antara kerajaan dan media.

Menurut Shamsul Azri, komunikasi yang baik antara kedua-dua pihak dilihat sebagai salah satu pemboleh daya utama dalam melaksanakan reformasi pentadbiran awam.

Beliau memaklumkan bahawa satu kertas cadangan akan disediakan oleh sekretariat bagi memperincikan penambahbaikan terhadap fungsi Unit Komunikasi Korporat (UKK) di setiap kementerian dan jabatan.

“Kita akan cuba memperbaiki apa juga jurang yang dibangkitkan oleh pihak media, seperti kesukaran mendapatkan maklumat.

“Kerjasama antara pihak media dengan kerajaan akan terus diperkukuhkan, dan semua isu ini akan dibawa ke mesyuarat STAR akan datang.

“Kita akan berusaha mencari penyelesaian terbaik kerana kerajaan dan media berpisah tiada serta mesti bekerjasama,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sesi Libat Urus Ketua Setiausaha Negara Bersama Ketua Pengarang Media dan Ketua Komunikasi Korporat Kementerian yang diadakan di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Timbalan Pengarang Urusan Kumpulan Berita dan Hal Ehwal Semasa (NCA) Media Prima merangkap Pengarang Kumpulan New Straits Times (NST), Farrah Naz Abd Karim, serta Pengarang Kumpulan Berita Harian (BH), Zulkifli Jalil.

Mengulas lanjut, Shamsul Azri berkata, usaha memperkukuh komunikasi kerajaan dan media itu turut dipersetujui dalam mesyuarat Kabinet bagi menambah baik peranan UKK di semua kementerian.

Beliau menegaskan langkah itu penting bagi memastikan kerjasama erat antara kerajaan dan media terus dipertingkat, sekali gus memastikan maklumat yang sewajarnya dapat disampaikan dengan tepat kepada rakyat.

Dalam perkembangan berkaitan, Shamsul Azri berkata, isu membabitkan perjawatan strategik korporat dalam UKK bagi memperkukuh penyebaran maklumat kerajaan turut akan dibincangkan dalam mesyuarat tersebut.

“Perjawatan (itu) kita akan lihat semula… sebab kadang-kadang kita boleh buat ‘multitasking’ (berbilang tugas), tidak perlu ada dua pegawai,” katanya.

Menurut beliau lagi, mesyuarat itu juga akan meneliti isu perkongsian maklumat antara bahagian dan unit dalam kementerian dengan UKK bagi memastikan penyampaian maklumat yang lebih cekap dan berkesan.

Related Posts

Anwar jalani pemeriksaan kesihatan, dipantau dua hari

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang menjalani pemeriksaan serta prosedur yang ditetapkan oleh pasukan pakar perubatan. Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata, Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KSN doakan PM Anwar terus sihat, bijaksana pimpin negara

PUTRAJAYA – Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar menyampaikan ucapan selamat ulang tahun kelahiran ke-79 kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini. Menerusi ucapan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO Perlis belum tutup pintu kerjasama PRU16

UMNO Perlis belum tutup pintu kerjasama PRU16

Anwar jalani pemeriksaan kesihatan, dipantau dua hari

Anwar jalani pemeriksaan kesihatan, dipantau dua hari

KSN doakan PM Anwar terus sihat, bijaksana pimpin negara

KSN doakan PM Anwar terus sihat, bijaksana pimpin negara

Cubaan 34 PATI ceroboh masuk laluan laut gagal

Cubaan 34 PATI ceroboh masuk laluan laut gagal

Jerebu: Sembilan kawasan Sarawak dan Johan Setia catat IPU tidak sihat

Jerebu: Sembilan kawasan Sarawak dan Johan Setia catat IPU tidak sihat

Empat cedera kemalangan bas, treler

Empat cedera kemalangan bas, treler