Calon PRU17 Sabah: Tiada beban sebagai anak TYT, ini bukan perkara baharu

KOTA KINABALU – Calon PKR dalam Pilihan Raya Umum ke-17 (PRU17) Sabah bagi Dewan Undangan (DU) Sindumin, Datuk Yamani Hafez Musa, tidak merasakan sebarang beban meskipun merupakan anak kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah kerana berpengalaman luas dalam dunia politik.

“Saya rasa saya tidak rasa beban kerana ini bukan pertama kali saya bertanding. Saya pernah bertanding di peringkat Parlimen.

“Jadi perkara ini adalah perkara yang bukan asing untuk saya, tempat ini juga tempat yang sama saya tanding di peringkat Parlimen, cuma sekarang ini saya turun di peringkat Ahli Dewan Undangan (ADU) Sabah.

“Mungkin latar belakang itu mungkin menjadi beban untuk setiap orang, tapi bagi saya tidak menjadi apa-apa masalah ini adalah negara demokrasi, siapa sahaja pun boleh menawarkan diri untuk rakyat.

“Ini akhirnya diundikan, bukannya dipilih secara warisan. Jadi tidak menjadi masalah,” katanya semasa ditemui media selepas Majlis Pengumuman Calon PKR PRU17 DU Sabah 2025, di Sabah International Convention Centre (SICC) di sini, pada Ahad.

Menurutnya, gerak kerja turun padang sudah lama dijalankan dan banyak dikongsi melalui platform media sosial.

“Kalau kita lihat gerak kerja telah dilakukan sebelum ini. Kalau tengok di Facebook sendiri banyak gerak kerja turun padang.

“Apa yang ingin rakyat lakukan, kita lakukan gerak kerja turun padang dan kita mendengar sendirilah. Setiap tempat itu mempunyai keperluan yang berlainan,” katanya.

“Paling penting mesej yang diberikan di akar umum itu sampai kepada kita dan kita mengambil perhatian perkara-perkara yang kita perlu diperbaiki dari masa kalau kita diberi mandat.

“Itu yang saya rasa paling penting dalam menawarkan diri untuk bertanding,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai manifesto, Yamani Hafez berkata, ia akan diumumkan dalam masa terdekat.

“Kita akan buat manifesto kita ini, tapi kita tidak boleh berkongsi di sini. Nanti tengok di halaman Facebook saya.

“Mungkin dalam masa yang terdekat, mungkin dalam minggu ini, mungkin dalam beberapa hari ini. Kalau minggu ini lambat, mungkin kita akan cuba sebelum penamaan calon,” jelasnya.

Related Posts

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

KERALAM (INDIA) – Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Mufti Besar India, Sheikh Abubakr Ahmad dijadual berlangsung di Keralam (sebelum ini dikenali sebagai Kerala) esok, dalam rangka lawatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

NEW DELHI – Kerjasama dalam industri semikonduktor menjadi antara tumpuan perbincangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya dari India, Narendra Modi, dalam usaha memperluas perkongsian ekonomi Malaysia-India.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan