PRU17 Sabah: Philip Yap calon DAP, rentap Sri Tanjong 

KOTA KINABALU – Philip Yap Wui Lip, 40, diumumkan sebagai calon bagi kerusi Dewan Undangan (DU) Sri Tanjong pada Pilihan Raya Umum ke-17 (PRU17) Sabah akan datang sekali gus menandakan permulaan kepada cabaran besar merentap semula kubu Warisan. 

Dengan pengalaman dan semangat juangnya, kehadiran Philip Yap dilihat sebagai simbol perubahan dan strategi parti untuk merampas semula kerusi selepas penyandangnya, Justin Wong Yung Bin menyertai Warisan pada Mac 2022. 

Philip yang memegang jawatan Ahli Jawatankuasa DAP Sabah dilihat sebagai calon berpotensi yang dikenali dengan kepimpinan proaktif dan dekat dengan rakyat itu sudah pasti menggalas cabaran besar untuk menawan semula kepercayaan pengundi Sri Tanjong.

Sepanjang karier politiknya, Philip bermula dengan Ketua DAPSY Tawau sejak 2017 hingga 2020 itu turut dilantik sebagai Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) kawasan DU Sri Tanjong. 

Pada 2021, beliau yang memegang Sarjana Muda Kesenian dalam Pengurusan Perniagaan itu juga dilantik Naib Ketua DAPSY Sabah sebelum menjadi Kaunselor atau Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Tawau sehingga kini. 

Untuk rekod, pada PRU16 lalu, kerusi DU Sri Tanjong dimenangi Justin (bertanding menggunakan logo Warisan ketika itu) iaitu sebanyak 11,150 undi mengalahkan pencabar terdekatnya dari Perikatan Nasional, Fung Len Fui (2,270 undi) dengan 8,880 majoriti. 

Secara keseluruhan, seramai 37,327 orang pemilih berdaftar layak mengundi di DU Sri Tanjong membabitkan 36,577 pengundi biasa dan 750 orang pengundi polis dan pasangan polis PGA. 

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 15 November ini sebagai hari penamaan calon, disusuli 25 November pengundian awal dan 29 November hari mengundi biasa. 

Pada Sabtu, pengumuman rasmi Philip dibuat Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya dan Pengumuman Calon-Calon PH-DAP. 

Turut diumumkan enam lagi calon bagi mewakili kerusi yang ditandingi iaitu DU Likas, 

Pengerusi DAP Sabah yang juga bekas ADU Luyang, Datuk Phoong Jin Zhe; DU Tanjung Aru, Timbalan Pengerusi DAP Sabah merangkap Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Chan Foong Hin dan DU Elopura, Setiausaha DAP Sabah merangkap Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee. 

Seterusnya DU Luyang diwakili Setiausaha Eksekutif DAPSY Sabah, Chan Loong Wei; DU Tanjung Papat diwakili Tang Szu Ching dan DU Kapayan kekal ditandingi Jannie Lasimbang.

Related Posts

Isu viral jadi fokus, JKOM ambil pendekatan turun ke komuniti

SELAYANG – Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) memperkenalkan pendekatan gerak kerja baharu yang lebih responsif terhadap isu dan kebimbangan rakyat dengan turun padang bagi mendapatkan maklum balas secara langsung daripada komuniti.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelantikan Syam Ghaz disahkan KSN

PUTRAJAYA – Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar mengesahkan pelantikan Mohd Hisyamuddin Ghazali sebagai Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) yang baharu. Shamsul berkata, pelantikan yang berkuat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Penganjur Miri Marathon digesa jelas kelewatan pembayaran hadiah

Penganjur Miri Marathon digesa jelas kelewatan pembayaran hadiah

Dua maut, pemandu cedera nahas di Jambatan Batang Sadong

Dua maut, pemandu cedera nahas di Jambatan Batang Sadong

Polis giat kesan dua remaja perempuan hilang di Mukah

Polis giat kesan dua remaja perempuan hilang di Mukah

Lawas berpotensi jadi hab ekonomi baharu sempadan Sarawak-Brunei-Kalimantan

Lawas berpotensi jadi hab ekonomi baharu sempadan Sarawak-Brunei-Kalimantan

Isu viral jadi fokus, JKOM ambil pendekatan turun ke komuniti

Isu viral jadi fokus, JKOM ambil pendekatan turun ke komuniti

Pelantikan Syam Ghaz disahkan KSN

Pelantikan Syam Ghaz disahkan KSN