PRU17: DAP Sabah umum 7 calon termasuk 2 MP, 3 muka baharu

KOTA KINABALU – Parti Demokratik (DAP) Sabah mengumumkan tujuh calon bagi Pilihan Raya Umum ke-17 (PRU17) Sabah melibatkan gabungan penyandang parlimen, pemimpin muda dan muka baharu.

Pengumuman itu dibuat oleh Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke semasa Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya dan Pengumuman Calon-Calon Pakatan Harapan–DAP Sabah di Kota Kinabalu pada Sabtu.

Antara yang dicalonkan ialah Setiausaha DAP Sabah merangkap Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong (Elopura); Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi merangkap Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Datuk Chan Foong Hin (Tanjung Aru); Ketua DAPSY Tawau, Philip Yap Wui Lip (Sri Tanjung); Setiausaha Eksekutif DAPSY Sabah, Chan Loong Wei (Luyang); serta Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe (Likas).

Turut tersenarai ialah Datuk Jannie Lasimbang yang mempertahankan kerusi Kapayan dan Tang Szu Ching di Tanjung Papat.

Tambah Anthony, pemilihan calon kali ini menggambarkan wajah sebenar DAP Sabah yang merupakan sebuah parti yang progresif, muda dan menghargai kepimpinan wanita.

“Kita adalah parti yang progresif, parti yang muda.

“Walaupun kita bukan parti yang bernama ‘Muda’, tetapi kita adalah parti yang sangat muda,” katanya.

Dalam pada itu, DAP bukan hanya bercakap tentang peranan wanita, tetapi membuktikan komitmen itu melalui tindakan nyata.

“Orang lain bercakap tentang 30 peratus calon wanita pun belum tentu sampai.

“Hari ini saya umumkan bahawa dalam senarai calon DAP Sabah, 50 peratus adalah wanita.

“Ini mengangkat dan memartabatkan peranan wanita bahawa wanita juga mampu memimpin dan menjadi pemimpin yang hebat,” ujarnya.

Katanya, keseimbangan antara lelaki dan wanita merupakan asas penting kepada organisasi yang matang dan berdaya saing.

“Lelaki dan wanita sama penting. Kita mesti ada kombinasi. Sebab itu DAP kekal sebagai parti sosial demokratik yang memperjuangkan kesaksamaan gender, bukan sekadar slogan,” jelasnya.

Anthony turut berkata bahawa DAP Sabah akan bertanding di lapan kerusi Dewan Undangan (DU) dengan empat calon wanita dan lima calon berumur bawah 40 tahun.

“Ini membuktikan DAP bukan sahaja progresif dari segi dasar, tetapi juga berani mempercayai tenaga muda untuk meneruskan perjuangan rakyat,” ujarnya.

Related Posts

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX

ALOR GAJAH – Kerajaan MADANI akan terus memastikan keperluan semua kaum serta aliran pendidikan di negara ini diberi perhatian secara seimbang tanpa meminggirkan mana-mana pihak, kata Perdana Menteri, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

SANDAKAN – Program lawatan ke Zon Selamat Timur Sabah (ESS Zone) yang disertai 14 wakil diplomatik dan perwakilan asing memberi peluang kepada wakil asing melihat sendiri tahap keselamatan, keamanan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

Peruntukan pertahanan dijangka terus dipertingkat dalam Belanjawan 2027 – Anwar

Peruntukan pertahanan dijangka terus dipertingkat dalam Belanjawan 2027 – Anwar

Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor