Dokumen ART boleh diakses dalam laman web MITI

PUTRAJAYA – Dokumen berkaitan Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia-Amerika Syarikat (AS) boleh diakses di laman Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri, kata Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.

Ia boleh diakses di https://www.miti.gov.my/ART.

Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan MADANI berkata, turut disertakan adalah ruangan soalan lazim berkaitan ART, di https://www.miti.gov.my/miti/resources/Media%20Release/FAQs_on_the_Malaysia%E2%80%93US_Agreement_on_Reciprocal_Trade_(ART)_Highlights_Benefits_to_Malaysia_and_Clarifies_Public_Concerns.pdf.

“Mesyuarat Jemaah Menteri (hari ini) ada membincangkan tentang ART dan terdapat memorandum Jemaah Menteri yang dibawa dan perkara itu telah diteliti.

“(Jadi) Tidak timbul isu seperti dakwaan dibuat seorang ahli parlimen semasa sesi soal jawab Perdana Menteri pada hari Selasa lalu,” katanya pada sidang media mingguan di Putrajaya, hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 4 November lalu menegaskan di Dewan Rakyat bahawa perjanjian itu tidak mengandungi sebarang peruntukan yang bercanggah dengan semangat atau peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Anwar yang juga Menteri Kewangan dilaporkan berkata, Jabatan Peguam Negara mempunyai kedudukan penting dalam sebarang perjanjian negara termasuk ART, bagi memastikan ia selaras dengan undang-undang Malaysia.

Malaysia dan AS menandatangani ART pada 26 Oktober semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur.

Perjanjian itu adalah cadangan AS bagi merunding semula tarif terhadap Malaysia – daripada 25 peratus kepada 19 peratus – di bawah Executive Order 14257 yang dikeluarkan Presiden Donald Trump pada 2 April lalu

Perdana Menteri juga memberi jaminan perjanjian ditandatangani itu bukan hanya mempertahankan kepentingan Bumiputera, malah sebarang tindakan penguatkuasaan tidak sesekali boleh membelakangkan undang-undang domestik di Malaysia.

Related Posts

Permohonan undi pos PRN Johor dibuka

KUALA LUMPUR – Urusan permohonan undi pos dalam dan luar negara bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16 boleh dilakukan secara dalam talian. Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMS laksana MSM, PdP dalam talian bagi dua program asasi

KOTA KINABALU – Minggu Suai Mesra (MSM) dan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bagi Program Asasi Teknologi Maklumat serta Asasi Sains Sosial di Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan dilaksanakan secara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar tekankan kepentingan teknologi, nilai kemanusiaan dan tolak politik perpecahan

Anwar tekankan kepentingan teknologi, nilai kemanusiaan dan tolak politik perpecahan

Pembahagian kerusi PH Johor selesai, tunggu lampu hijau Anwar

Pembahagian kerusi PH Johor selesai, tunggu lampu hijau Anwar

Aminuddin kecewa dikhianati hingga DUN Negeri Sembilan dibubar

Aminuddin kecewa dikhianati hingga DUN Negeri Sembilan dibubar

Bantuan Kerajaan Persekutuan bukti komitmen PH bela kebajikan rakyat Johor – Aminolhuda

Bantuan Kerajaan Persekutuan bukti komitmen PH bela kebajikan rakyat Johor – Aminolhuda

Penolakan tawaran SUA MB Perlis buka ruang pelbagai tafsiran hubungan Pas-Bersatu

Penolakan tawaran SUA MB Perlis buka ruang pelbagai tafsiran hubungan Pas-Bersatu

RM90 juta untuk PRN Johor lebih baik disalur kepada rakyat – Dr Zaliha

RM90 juta untuk PRN Johor lebih baik disalur kepada rakyat – Dr Zaliha