RM90 juta untuk PRN Johor lebih baik disalur kepada rakyat – Dr Zaliha

BATU PAHAT – Peruntukan sebanyak RM90 juta yang diperlukan bagi pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sepatutnya dimanfaatkan untuk pembangunan dan kesejahteraan rakyat, khususnya ketika negara berdepan ketidaktentuan ekonomi global yang semakin mencabar.

Pengerusi PKR Johor, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkata, dana yang besar itu mampu memberi impak lebih signifikan sekiranya disalurkan kepada projek pembangunan, penyediaan kemudahan awam serta program yang dapat meningkatkan taraf hidup rakyat di negeri ini.

Menurut beliau, dengan jumlah penduduk Johor yang dianggarkan sekitar 4.2 juta orang, penggunaan dana tersebut perlu memberi keutamaan kepada perkara yang memberikan manfaat langsung kepada masyarakat.

“Wang yang digunakan untuk mengadakan pilihan raya sepatutnya boleh disalurkan kepada pembangunan yang memberi manfaat langsung kepada rakyat,” katanya ketika berucap pada Program Pelancaran Jentera Pakatan Harapan (PH) bagi PRN Johor di Batu Pahat pada malam ini.

Dalam ucapannya, Dr Zaliha yang juga Naib Presiden PKR turut memuji komitmen pimpinan Kerajaan Persekutuan yang menurutnya sentiasa berusaha memastikan hasil kekayaan negara dapat dinikmati oleh rakyat melalui pelbagai dasar dan inisiatif pembangunan.

Beliau menzahirkan penghargaan terhadap usaha beberapa anggota Kabinet termasuk Anthony Loke dan Mohamad Sabu yang disifatkannya bekerja keras dalam melaksanakan dasar serta program yang memberi manfaat kepada masyarakat.

Pada masa sama, Dr Zaliha mengingatkan seluruh jentera dan penyokong PH supaya tidak leka dalam membuat persiapan menghadapi PRN Johor yang dijangka berlangsung selewat-lewatnya Julai ini.

Menurut beliau, pencapaian gabungan itu pada pilihan raya lalu yang menyaksikan PH hampir memenangi 14 kerusi Dewan Undangan Negeri perlu dijadikan suntikan semangat untuk memperkukuhkan gerak kerja dan strategi kempen di semua peringkat.

“Sekarang masanya untuk kita bekerja lebih kuat. Kita perlu memastikan semua penyokong dan pengundi yang bersama perjuangan ini keluar mengundi apabila tiba masanya nanti,” katanya.

Beliau turut menyeru ahli serta penyokong parti agar memainkan peranan aktif menggalakkan pengundi yang berada di luar Johor, termasuk mereka yang bekerja di Singapura, supaya pulang menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

Katanya, setiap undi amat penting dalam menentukan hala tuju dan masa depan Johor, justeru usaha menggerakkan pengundi pulang perlu dipertingkatkan menjelang hari pengundian.

“Jika ada anak-anak, saudara-mara atau kenalan yang bekerja di Singapura dan di luar Johor, pastikan mereka pulang mengundi. Setiap undi amat penting dalam menentukan masa depan negeri ini,” katanya.

Related Posts

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

KUCHING – Kementerian Komunikasi memberi jaminan bahawa kualiti liputan dan capaian internet pada malam kemuncak sambutan Hari Malaysia ke-63 akan berada di tahap optimum bagi melancarkan kelancaran tugas pengamal media.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penghantar barang ditahan bersama dadah, pistol palsu

TEMERLOH – Tindakan seorang penghantar barang menyembunyikan sepucuk pistol palsu di bawah kerusi bahagian pemandu terbongkar selepas ditahan dalam serbuan berkaitan dadah di Paya Keladan di sini, malam Sabtu lalu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Penghantar barang ditahan bersama dadah, pistol palsu

Penghantar barang ditahan bersama dadah, pistol palsu

Zahid perlu selesaikan ‘bayang-bayang’ kes mahkamah sebelum teringin jadi PM11 – AMK

Zahid perlu selesaikan ‘bayang-bayang’ kes mahkamah sebelum teringin jadi PM11 – AMK

Cadangan MKBs-SEZ: Pemacu baharu ekonomi Miri menjangkaui sektor minyak dan gas

Cadangan MKBs-SEZ: Pemacu baharu ekonomi Miri menjangkaui sektor minyak dan gas

Generasi baharu diseru hayati sejarah pembentukan negara, pelihara keharmonian

Generasi baharu diseru hayati sejarah pembentukan negara, pelihara keharmonian