Subjek Alam dan Manusia amat sesuai dilaksana di peringkat sekolah rendah

PUTRAJAYA – Pendekatan mengembalikan semula mata pelajaran Alam dan Manusia dengan silibus baharu dan kaedah pengajaran lebih segar diyakini akan mampu menarik minat murid-murid untuk lebih fokus terhadap subjek tersebut.

Pakar pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad berkata, berdasarkan kajian pendidikan terdahulu, guru dan murid berpuas hati dengan pelaksanaan subjek Alam dan Manusia.

Menurutnya, pendekatan beberapa disiplin ilmu (sejarah, sains, kesihatan, muzik, alam sekitar) yang disepadukan dalam mata pelajaran tersebut didapati memang sesuai untuk dilaksanakan di peringkat sekolah rendah.

“Ada sesetengah pihak menganggap Alam dan Manusia adalah subjek baharu yang akan dimulakan pada tahun 2027. Saya rasa perlu diperbetulkan anggapan tersebut.

“Sebenarnya, subjek Alam dan Manusia telah pun diperkenalkan pada tahun 1982, apabila KPM mula melaksanakan KBSR serta telah dilaksanakan selama 12 tahun.

“Subjek itu ditamatkan pada tahun 1994 apabila Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil keputusan untuk memperkenalkan subjek baharu Kajian Tempatan di sekolah rendah,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), pada Jumaat.

Bagaimanapun, Anuar yang juga Timbalan pengarah Institut pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia (MINDA) UKM berpandangan terdapat beberapa persoalan penting yang perlu diperjelaskan sebelum pelaksanaan model pengajaran ‘co-teaching’ di bawah kurikulum baharu itu.

Beliau mempersoalkan sama ada kaedah ‘co-teaching’ akan menambah atau mengurangkan masa pengajaran guru di bilik darjah serta sejauh mana bilangan guru sedia ada mencukupi untuk pelaksanaan menyeluruh di sekolah seluruh negara.

“Selain itu, adakah pelaksanaan ‘co-teaching’ akan menyebabkan beban tugas guru akan berkurang atau sebaliknya akan menyebabkan beban tugas guru akan semakin bertambah.

“Isu ruang bilik darjah padat dan sesak juga perlu diberi perhatian, begitu juga soal keperluan guru keluar sekolah untuk urusan rasmi seperti mesyuarat dan mengiringi murid dalam pertandingan. Apakah guru tidak lagi perlu keluar dari sekolah atas urusan bukan pengajaran,” katanya.

Menurut beliau, pelaksanaan co-teaching dikhuatiri tidak mencapai matlamat sekiranya guru masih dibebankan dengan pelbagai tugasan luar sehingga menjejaskan keberadaan mereka di kelas.

“Semua persoalan ini akan mudah dijawab sekiranya sudah terdapat laporan lengkap program rintis ‘co-teaching’,” ujarnya.

Terdahulu, KPM akan memperkenalkan
mata pelajaran baharu Alam dan Manusia: Pembelajaran Bersepadu pada Tahap I dalam Kurikulum Persekolahan 2027 bertujuan memperkukuh kemahiran asas serta pembentukan karakter murid pada peringkat awal persekolahan.

KPM dalam kenyataan berkata, subjek berkenaan menggabungkan pelbagai disiplin ilmu termasuk sains, pendidikan kesihatan, muzik dan seni visual.

Pada masa sama, kementerian itu menegaskan, mata pelajaran baharu itu turut menggabungkan Pendidikan dan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan digital bagi memberi pengalaman pembelajaran lebih menyeluruh kepada murid.

Menurutnya,  subjek itu aan menggantikan subjek Sains, Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Muzik dalam kurikulum sedia ada.

Related Posts

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

UMNO perlu bertanding secara solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka jika benar-benar yakin dengan kekuatan parti itu, kata Ahli Majlis Penasihat Perpaduan Negara (MPPN) Prof Dr Mohd Tajuddin Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

MALÉ (MALDIVES) – Malaysia dan Maldives memperluas kerjasama dalam bidang strategik termasuk pertahanan dan hal ehwal Islam menerusi pemeteraian dua memorandum persefahaman (MoU) hari ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM

Malaysia, Maldives senada pertahan hak rakyat Palestin – Anwar

Malaysia, Maldives senada pertahan hak rakyat Palestin – Anwar

Bas terbakar, 14 termasuk pemandu selamat

Bas terbakar, 14 termasuk pemandu selamat

Malaysia perkukuh kerjasama pendidikan, kesihatan dengan Maldives – PM

Malaysia perkukuh kerjasama pendidikan, kesihatan dengan Maldives – PM