Malaysia dipilih ahli Lembaga Eksekutif UNESCO

PUTRAJAYA – Malaysia melakar sejarah apabila dipilih sebagai Ahli Lembaga Eksekutif Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) bagi penggal 2025 hingga 2029.

Pengumuman itu dibuat pada Persidangan Agung UNESCO Ke-43 di Samarkand, Uzbekistan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang juga Presiden Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia berkata, pelantikan itu adalah pengiktirafan global terhadap kepimpinan serta komitmen Malaysia dalam memacu agenda pendidikan, sains dan kebudayaan dunia.

“Saya merakamkan penghargaan kepada semua negara anggota yang memberikan kepercayaan ini.

“Kejayaan ini adalah hasil usaha bersama Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia, Kementerian Pendidikan, Wisma Putra dan Delegasi Tetap Malaysia di Paris,” katanya, lapor Bernama.

Pelantikan ini juga dilihat sebagai mandat besar untuk memastikan suara negara membangun – khususnya di rantau Asia Tenggara dan Asia Pasifik – terus didengari dalam perbincangan dasar global.

Malaysia dijangka memainkan peranan penting dalam membentuk hala tuju dasar UNESCO untuk empat tahun akan datang, termasuk memartabatkan akses pendidikan berkualiti, memperkukuh penggunaan sains dan teknologi untuk pembangunan mampan, serta melindungi warisan budaya dan alam sekitar.

Related Posts

Permohonan undi pos PRN Johor dibuka

KUALA LUMPUR – Urusan permohonan undi pos dalam dan luar negara bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16 boleh dilakukan secara dalam talian. Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMS laksana MSM, PdP dalam talian bagi dua program asasi

KOTA KINABALU – Minggu Suai Mesra (MSM) dan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bagi Program Asasi Teknologi Maklumat serta Asasi Sains Sosial di Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan dilaksanakan secara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar tekankan kepentingan teknologi, nilai kemanusiaan dan tolak politik perpecahan

Anwar tekankan kepentingan teknologi, nilai kemanusiaan dan tolak politik perpecahan

Pembahagian kerusi PH Johor selesai, tunggu lampu hijau Anwar

Pembahagian kerusi PH Johor selesai, tunggu lampu hijau Anwar

Aminuddin kecewa dikhianati hingga DUN Negeri Sembilan dibubar

Aminuddin kecewa dikhianati hingga DUN Negeri Sembilan dibubar

Bantuan Kerajaan Persekutuan bukti komitmen PH bela kebajikan rakyat Johor – Aminolhuda

Bantuan Kerajaan Persekutuan bukti komitmen PH bela kebajikan rakyat Johor – Aminolhuda

Penolakan tawaran SUA MB Perlis buka ruang pelbagai tafsiran hubungan Pas-Bersatu

Penolakan tawaran SUA MB Perlis buka ruang pelbagai tafsiran hubungan Pas-Bersatu

RM90 juta untuk PRN Johor lebih baik disalur kepada rakyat – Dr Zaliha

RM90 juta untuk PRN Johor lebih baik disalur kepada rakyat – Dr Zaliha