Kes kaitkan Anwar campur tangan SPRM diklasifikasikan NFA

JABATAN Peguam Negara (AGC) tidak mengambil tindakan lanjut berhubung laporan media antarabangsa yang mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim campur tangan dalam urusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, kes berkenaan telah diklasifikasikan sebagai ‘tiada tindakan lanjut’ (NFA).

Arahan NFA dikeluarkan AGC berhubung siasatan polis terhadap laporan Bloomberg tahun lalu itu memandangkan tiada keterangan yang mencukupi untuk diteruskan.

“Walau bagaimanapun, kes jenayah, tidak seperti kes sivil, tidak tertakluk kepada had tempoh masa.Oleh itu, sekiranya terdapat perkembangan baharu pada masa akan datang, siasatan dan semakan lanjut terhadap kes ini masih boleh dijalankan,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat yang dikeluarkan pada Selasa.

Jawapan Azalina itu bagi menjawab soalan dibangkitkan Datuk Mohammad Zulkifly Jusoh (PN-Besut) pada sesi pertanyaan lisan.

Azalina memaklumkan bahawa kertas siasatan oleh polis telah dikemukakan kepada AGC untuk tindakan lanjut susulan laporan yang dibuat oleh SPRM kepada pihak polis.

Dalam jawapannya, Azalina turut menyatakan bahawa dalam kes yang melibatkan fitnah di bawah Seksyen 499 Kanun Keseksaan, tiada tempoh had masa ditetapkan bagi memfailkan tindakan jenayah berkaitan fitnah.

Pada September tahun lalu, Bloomberg yang memetik sumber melaporkan Perdana Menteri dan Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki, didakwa terlibat dalam penyalahgunaan kuasa siasatan secara terancang berhubung beberapa siasatan terpilih oleh agensi antirasuah itu.

Tuduhan tersebut dikatakan melibatkan penindasan politik yang tertumpu kepada bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, dengan balunya, Toh Puan Na’imah Abdul Khalid, membuat laporan polis terhadap Anwar berhubung dakwaan berkenaan.

Laporan Bloomberg turut mendakwa bahawa Anwar mengarahkan Azam supaya tidak menyiasat bekas pembantunya, Datuk Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, berhubung pembelian saham dalam syarikat HeiTech Padu Bhd.

Related Posts

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

TAWAU – Isu kekurangan pegawai perubatan di Sabah memerlukan penyelesaian menyeluruh dan tidak boleh hanya bergantung kepada penambahan jumlah penempatan di atas kertas, kata Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

LABUAN – Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada terhadap kemungkinan penyebaran berita palsu dan grafik dimanipulasi menggunakan gambar serta logo organisasi media susulan pembentangan Belanjawan 2027.‎‎Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun