Seni, budaya pengikat perpaduan masyarakat Sabah

SANDAKAN – Seni dan budaya merupakan elemen penting yang menjadi pengikat ukhwah perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama di Sabah.

Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) Zon Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Milus Alu@Abd Wahad berkata, kepelbagaian etnik dan budaya di negeri ini membuktikan masyarakat Sabah mampu mengekalkan keharmonian walaupun berbeza ideologi, fahaman serta agama.

“Walaupun berbeza pandangan politik, kita di Sabah masih boleh duduk minum kopi bersama, makan bersama dan berbincang secara harmoni.

“Inilah keunikan rakyat Sabah,” katanya ketika berucap pada Program Rapat-Rapat Bah bersama-sama Komuniti di Dewan Kampung (Kg) Air, Karamunting, di sini pada Isnin.

Milus berkata, program berkenaan dianjurkan bagi merapatkan hubungan antara kerajaan dan masyarakat serta memperkukuh semangat perpaduan melalui pendekatan santai dan budaya tempatan.

“Konsep ‘rapat-rapat’ ini menggambarkan usaha kita mendekatkan yang jauh dan merapatkan yang dekat.

“Ia sejajar dengan matlamat untuk membina keharmonian dan mengukuhkan ikatan masyarakat terutama di Sabah” katanya.

Menurut beliau, konsep Malaysia MADANI yang digagaskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menekankan nilai perpaduan, tolong-menolong dan kerjasama yang telah lama diamalkan oleh generasi terdahulu.

“Kerajaan MADANI amat prihatin terhadap isu rakyat. Sandakan khususnya di Karamunting, pelbagai projek telah dan sedang dilaksanakan termasuk menangani masalah sisa pepejal serta tebatan runtuhan,” katanya.

Milus turut menyatakan kerajaan memperuntukkan RM1.2 bilion bagi menyelesaikan isu bekalan air di Sandakan, Lahad Datu dan beberapa daerah lain di Sabah, selain RM6.9 bilion melalui Belanjawan Negara bagi pembangunan negeri itu serta RM600 juta sebagai pemberian khas kepada kerajaan negeri.

Beliau berkata, kestabilan politik perlu dikekalkan bagi memastikan pembangunan negeri dapat dilaksanakan dengan berkesan selaras dengan gagasan Malaysia MADANI.

Dalam pada itu, Milus turut menyeru golongan belia agar menjauhkan diri daripada gejala tidak sihat dan bersedia menjadi pewaris kepimpinan negara.

“Anak muda hari ini adalah pemimpin masa depan. Tanggungjawab membina negara akan diserahkan kepada mereka, maka persiapkan diri dengan ilmu dan nilai yang baik,” ujarnya.

Related Posts

Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

PELAKON filem dan drama Kamarool Yusoff atau lebih dikenali sebagai Cik Man meninggal dunia pada Rabu dipercayai akibat serangan jantung. Allahyarham yang berusia 68 tahun itu menghembuskan nafas terakhir jam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan percepat proses 15,000 permohonan pekerja asing bantu sektor ekonomi

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) supaya menyegerakan pengurusan 15,000 permohonan pekerja asing bagi memenuhi keperluan tenaga kerja dalam sektor-sektor berkaitan serta memastikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

Kerajaan percepat proses 15,000 permohonan pekerja asing bantu sektor ekonomi

Kerajaan percepat proses 15,000 permohonan pekerja asing bantu sektor ekonomi

Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

Rumah dibeli terbengkalai, suami isteri tanggung sewa dan pinjaman serentak

Rumah dibeli terbengkalai, suami isteri tanggung sewa dan pinjaman serentak

Agong terima menghadap Premier Sarawak di Istana Pasir Pelangi

Agong terima menghadap Premier Sarawak di Istana Pasir Pelangi

PDRM terima sembilan laporan kes jenayah RCI TH

  • By Aden
  • August 5, 2026
PDRM terima sembilan laporan kes jenayah RCI TH