11 lelaki ditahan terlibat rusuhan di Tebingan Miri

MIRI – Polis menahan 11 lelaki tempatan berumur antara 16 hingga 25 tahun selepas dipercayai terlibat dalam kejadian rusuhan bersenjata yang menyebabkan seorang lelaki cedera di Tebingan Miri pada awal pagi 2 November lalu.

Ketua Polis Daerah Mir ASP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut selepas satu video berdurasi satu minit satu saat tular di media sosial, memaparkan insiden rusuhan sekitar jam 2.05 pagi.

“Seorang lelaki tempatan cedera dalam kejadian itu dan kini dirawat di Hospital Umum Miri dalam keadaan stabil,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, pelbagai jenis senjata digunakan dalam rusuhan tersebut, dan semua barang bukti telah dirampas untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 324/148 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan dan menyertai rusuhan bersenjata.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi atau menyebarkan sebarang maklumat tidak sahih mengenai kejadian itu di media sosial, kerana ia boleh menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

“Pihak polis memandang serius kejadian seumpama ini dan akan memastikan tindakan tegas diambil terhadap mana-mana individu yang terlibat dalam aktiviti jenayah yang mengganggu ketenteraman awam,” ujarnya.

Beliau menyeru orang awam yang mempunyai maklumat lanjut mengenai kejadian tersebut agar menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Insp. Zulaikha Mohd Anuar di talian 010-7975445 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Miri di talian 085-433300.

Polis turut merakamkan penghargaan kepada masyarakat atas keprihatinan mereka dalam membantu mengekalkan keamanan dan keselamatan di Miri.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

ARAU – Parti Wawasan Negara (Wawasan) terus melebarkan pengaruhnya di Perlis apabila sebahagian besar pimpinan Bersatu Bahagian Arau bersama 10 ketua cawangan mengumumkan keluar parti dan menyertai parti berkenaan. Perkembangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan