FIFA kekal hukuman kes palsu dokumen FAM

PEMANGKU Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd Yusoff Mahadi memaklumkan peguam dan pengurusan badan induk itu terkejut dengan keputusan Jawatankuasa Rayuan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Jawatankuasa Rayuan FIFA dalam kenyataan malam tadi memaklumkan, rayuan FAM dan tujuh pemain warisan Harimau Malaya berhubung hukuman dikenakan Jawatankuasa Tatatertib FIFA sebelum ini ditolak.

Mohd Yusoff dalam kenyataan menjelaskan, FAM akan menulis kepada FIFA untuk mendapatkan butiran penuh serta alasan bertulis keputusan itu sebelum mengambil langkah seterusnya bagi mengemukakan rayuan ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

“FAM sudah menerima keputusan rayuan daripada FIFA, di mana rayuan kami ditolak,” kata Mohd Yusoff dalam kenyataan.

“Ini kali pertama FAM berdepan dengan situasi seperti ini, dan pihak peguam serta pengurusan kami amat terkejut dengan keputusan itu.

“Walau bagaimanapun, FAM akan terus teguh memperjuangkan hak pemain dan kepentingan bola sepak Malaysia di peringkat antarabangsa.”

Keputusan Jawatankuasa Rayuan FIFA itu sekali gus menyaksikan hukuman denda CHF 350,000 (RM1.8 juta) dikenakan ke atas FAM sebelum ini kekal.

Sementara itu, pemain terbabit iaitu Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Tomas Garcas, Rodrigo Julian Holgado, Imanol Javier Machuca, Joao Vitor Brandao Figueiredo, Jon Irazabal Iraurgui dan Hector Alejandro Hevel Serrano pula digantung 12 bulan selain masing-masing diperintahkan untuk membayar denda sebanyak CHF 2,000 (RM10,411) kepada FIFA.

Related Posts

Arsenal, United tutup tirai EPL dengan kemenangan

ARSENAL menutup tirai musim penuh gemilang dengan melakar kemenangan 2-1 ke atas Crystal Palace di Selhurst Park sebelum menjulang trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) secara rasmi buat kali pertama dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kelantan Red Warriors layak ke Liga Super musim depan

KOTA BHARU – Kelantan Red Warriors FC (KRW FC) menutup saingan Liga A1 Semi Pro musim ini di tangga keempat liga selepas mencatat kemenangan 2-1 ke atas Bunga Raya FC…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kes tikam ibu tunggal, ejen hartanah diarah jalani pemeriksaan psikiatri

Kes tikam ibu tunggal, ejen hartanah diarah jalani pemeriksaan psikiatri

Bekalan minyak negara masih mencukupi, RON95 bersubsidi kekal RM1.99 seliter- PM

Bekalan minyak negara masih mencukupi, RON95 bersubsidi kekal RM1.99 seliter- PM

Polis siasat hantaran Facebook berbaur provokasi kaum, agama

Polis siasat hantaran Facebook berbaur provokasi kaum, agama

Kerajaan akan ambil langkah drastik sedia pekerjaan alternatif

Kerajaan akan ambil langkah drastik sedia pekerjaan alternatif

Kecurian 100 meter kabel jejas sistem semboyan, operasi ETS dan KTM Komuter Utara tergendala

Kecurian 100 meter kabel jejas sistem semboyan, operasi ETS dan KTM Komuter Utara tergendala

PKR susun semula jentera pilihan raya, Amirudin dan Saifuddin diberi peranan utama

PKR susun semula jentera pilihan raya, Amirudin dan Saifuddin diberi peranan utama