Media bebas bertanya, kerajaan komited prinsip keterbukaan – Fahmi

KERAJAAN menegaskan komitmennya terhadap prinsip keterbukaan dan kebebasan bersuara dengan memastikan media terus diberikan ruang untuk mengemukakan sebarang soalan tanpa sekatan.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, beliau sudah menyampaikan pandangan terbabit dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, hari ini.

Tegasnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri bersikap terbuka terhadap sebarang soalan yang dikemukakan pihak media.

“Saya menyatakan pendirian bahawa Perdana Menteri sendiri terbuka untuk menerima sebarang soalan dan pendirian kerajaan adalah wartawan berhak untuk bertanya apa jua soalan,” katanya pada sidang media mingguan di Putrajaya, hari ini.

Terdahulu, tular rakaman video di sebuah acara memaparkan Kor Ming dengan nada yang sedikit keras menjawab pertanyaan daripada seorang wakil media berkaitan nama acara berkenaan yang menggunakan bahasa Inggeris.

Tindakan menteri itu bagaimanapun menerima kecaman daripada pelbagai pihak termasuk Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJM) dan Gerakan Media Merdeka (Geramm).

Mengulas lanjut, Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, dalam mesyuarat Jemaah Menteri, beliau sudah menyatakan bahawa pendirian kerajaan adalah sangat jelas yang mana media berhak untuk bertanya sebarang soalan dalam mereka menjalankan tugas sebagai wartawan.

“Setiap jawapan ataupun respons yang diberikan oleh menteri perlulah disampaikan dengan berhemah serta berlandaskan prinsip keterbukaan di samping saling menghormati antara media dan pihak kerajaan,” katanya.

Related Posts

Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

PUTRAJAYA – Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) akan diserahkan kepada pihak berkuasa untuk siasatan menyeluruh berdasarkan segala dapatan dan maklumat yang terkandung dalam laporan itu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan

KUALA LUMPUR – Seramai 1,043 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam Operasi Penguatkuasaan Bersepadu yang dilaksanakan serentak di seluruh negara pada 10 dan 11 Ogos lalu. Operasi berkenaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

UMNO Pahang terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti

UMNO Pahang terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti

Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan

Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan

RON97 turun 20 sen, RON95 tanpa subsidi turun 15 sen

RON97 turun 20 sen, RON95 tanpa subsidi turun 15 sen

Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA

Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA

RUU Pewarisan Orang Islam 2026 modenkan perundangan syariah Sabah

  • By Ithma
  • August 12, 2026
RUU Pewarisan Orang Islam 2026 modenkan perundangan syariah Sabah