Regatta Sarawak 2025 kembalikan kemeriahan di Sungai Sarawak

KUCHING – Sungai Sarawak kembali meriah apabila Regatta Sarawak 2025 membuka tirainya semalam di Tebingan Kuching, menandakan kembalinya salah satu acara sukan warisan paling terkenal di negeri ini.

Perlumbaan hari pertama menyaksikan kategori Perahu Bidar 30 Pendayung (Lelaki Terbuka) bagi Trofi Antarabangsa Borneo, diikuti Perahu Bidar 15 Pendayung (Lelaki Terbuka) yang turut disertai pasukan tempatan dan luar negara.

Tumpuan utama pastinya terarah kepada Perahu Bidar 30 Pendayung (Lelaki Tempatan) bagi Piala Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, yang lebih dikenali dengan gelaran ‘Raja Sungai’.

Turut mencuri perhatian ialah Piala Perpaduan bagi Perahu Bidar 15 Pendayung (Lelaki Tempatan) dan Piala PETROS bagi Perahu Bidar 25 Pendayung (Lelaki Tempatan) yang berlangsung di Laluan Sarangan A.

Selain menjadi pertandingan sukan, Regatta Sarawak juga melambangkan perpaduan dan semangat kebersamaan rakyat berbilang kaum yang meraikan warisan turun-temurun negeri ini.

“Regatta bukan sekadar perlumbaan, tetapi simbol semangat dan keharmonian rakyat Sarawak,” kata salah seorang penganjur.

Acara tahunan ini dijangka menarik ribuan pengunjung menjelang hujung minggu apabila peringkat separuh akhir dan akhir berlangsung, dengan pasukan terbaik berentap merebut gelaran juara di sungai kebanggaan rakyat Sarawak.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

SEREMBAN – Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang mempunyai 36 kerusi, secara rasmi akan dibubarkan berkuat kuasa pada Jumaat, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16. Pembubaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

KANGAR – Kerajaan Perlis menerima peruntukan tambahan berjumlah RM4 juta daripada Kerajaan Persekutuan hasil hubungan baik yang terjalin dengan kepimpinan pusat sejak pelantikan Menteri Besar, Abu Bakar Hamzah. Abu Bakar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai