Tabika autisme setiap negeri mulai tahun depan

PUTRAJAYA – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bakal memperluaskan konsep Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) khusus untuk kanak-kanak autisme, tahun depan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, bagi merealisasikan hasrat itu, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) bekerjasama dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris untuk membangunkan modul kurikulum.

Katanya, konsep Tabika seperti itu, bakal menjadi ‘game changer’ selepas konsep pendidikan awal pra tahfiz sudah dilaksanakan sebelum ini.

“Selain memperluas Tabika KEMAS Pra Tahfiz, kami juga menyantuni masalah autisme yang mana tahun hadapan, setiap negeri kita akan membina Tabika KEMAS autisme,” katanya, seperti dilapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian ketika perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2026 peringkat dasar di Dewan Rakyat hari ini.

Ahmad Zahid menjelaskan, jika KKDW memperoleh peruntukan secukupnya, setiap daerah bakal mempunyai sebuah Tabika KEMAS Autisme pada 2027.

Beliau berkata, usaha itu sekali gus dapat membantu mengurangkan beban kewangan perlu ditanggung waris untuk menghantar anak istimewa mereka mendapatkan pendidikan awal di Tabika berkenaan.

Related Posts

PAC syor pegangan saham tempatan MAHB dikekalkan sekurang-kurangnya 70 peratus

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengesyorkan pegangan saham tempatan dalam Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) yang dimiliki Khazanah Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikekalkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sultan Selangor: Kejayaan LRT3 hasil kerjasama pelbagai pihak, bukan milik mana-mana individu

KLANG – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bertitah kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam merupakan hasil kesinambungan perancangan, komitmen dan kerjasama pelbagai pihak merentasi beberapa pentadbiran, bukannya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

Tiga tekad jadi panduan Rozy bawa perubahan di Buloh Kasap

Tiga tekad jadi panduan Rozy bawa perubahan di Buloh Kasap

Gagal kemuka dokumen pelepasan, kapal tunda ditahan di Perairan Miri

Gagal kemuka dokumen pelepasan, kapal tunda ditahan di Perairan Miri

Maxim Malaysia jayakan Silent Run 5.0 bina jambatan perpaduan komuniti

Maxim Malaysia jayakan Silent Run 5.0 bina jambatan perpaduan komuniti

PDRM Sarawak, PPDB perkasa kerjasama berkas penjenayah rentas sempadan

PDRM Sarawak, PPDB perkasa kerjasama berkas penjenayah rentas sempadan