Malaysia sedang bangun Model Pengajian Tahfiz

PUTRAJAYA – Kerangka Model Pengajian Tahfiz Malaysia (MPTM) sedang dibangunkan, untuk memberi panduan dan menyelaras sistem pengajian tahfiz di Malaysia, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Beliau berkata, MPTM mengandungi empat model pendidikan iaitu Tahfiz Akademik, Tahfiz Turath, Tahfiz Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), dan Intervensi Tahfiz.

“Keempat-empat model ini sedang dalam kerangka pembangunan dan dijangka siap tidak lama lagi.

“Model ini akan diselaraskan pemakaiannya ke negeri-negeri untuk dilaksanakan di maahad tahfiz yang berdaftar.

“Ia merupakan model yang boleh dijadikan panduan bagi menentukan hala tuju maahad tahfiz pada masa akan datang,” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Ahmad Saad @ Yahaya (PN-Pokok Sena) mengenai masa depan para Huffaz negara, pada sesi Kamar Khas di Dewan Rakyat hari ini.

Mohd Na’im berkata, satu bengkel membincangkan kerangka model itu telah dilaksanakan pada 16 Mei lepas, yang disertai pelbagai agensi termasuk Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, wakil universiti dan maahad tahfiz.

Beliau berkata sebelum ini, kerajaan telah memperkenalkan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara, yang dirangka bagi memberi nilai tambah dan suatu bentuk peneguhan terhadap dasar sedia ada untuk memenuhi keperluan semasa, termasuk menangani isu kebolehpasaran lepasan pelajar tahfiz.

Related Posts

Dr Dzulkefly gesa penganjur RXZ Members utamakan pesanan pemanduan berhemah

SHAH ALAM – Siri kemalangan maut membabitkan program RXZ Members dari edisi pertama hingga ke penganjuran kelapan baru-baru ini amat merisaukan, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad. Susulan itu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JPJ akan tingkatkan lagi MyJPJ dengan pelbagai ciri baharu

ALOR SETAR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan terus memperkasakan aplikasi MyJPJ menerusi penambahbaikan berterusan serta pengenalan pelbagai ciri baharu menggunakan teknologi terkini. Ketua Pengarahnya, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Arab Saudi sambut ketibaan lebih 19.5 juta jemaah haji, umrah sepanjang 2025

Arab Saudi sambut ketibaan lebih 19.5 juta jemaah haji, umrah sepanjang 2025

Polis tahan suspek rakam video aibkan wanita di Festival Makanan Kuching

Polis tahan suspek rakam video aibkan wanita di Festival Makanan Kuching

Polis siasat gangguan tidak senonoh di Taman Hill Top, Luyang

Polis siasat gangguan tidak senonoh di Taman Hill Top, Luyang

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia