RUU baharu kawal pengurusan sisa dibentang di Sidang DUN Sarawak

KUCHING – Sarawak akan membentangkan satu Rang Undang-Undang (RUU) baharu pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang bagi memberi kuasa penuh kepada negeri ini mengawal selia pengumpulan dan pengurusan semua jenis sisa.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, langkah itu selaras usaha kerajaan Sarawak memperkukuh tadbir urus alam sekitar serta mempercepat pelaksanaan agenda ekonomi hijau.

Beliau berkata, undang-undang baharu itu penting untuk memastikan pengurusan sisa dijalankan secara menyeluruh untuk mengekalkan persekitaran bersih, di samping membuka peluang ekonomi melalui inisiatif ekonomi kitaran.

“Dalam sidang DUN kali ini, kita akan bentangkan satu undang-undang untuk mengawal selia pengumpulan semua jenis sisa agar persekitaran kita lebih bersih.

“Sisa juga boleh menjana pendapatan dan menjadi sebahagian daripada pembangunan negeri,” katanya ketika merasmikan Sambutan Hari Alam Sekitar Peringkat Negeri Sarawak 2025 di Sematan pada Rabu.

Abang Johari menjelaskan, RUU itu akan melengkapi dua undang-undang sedia ada iaitu Ordinan Sumber Asli dan Alam Sekitar serta Ordinan Pengurangan Gas Rumah Hijau 2023, sekali gus membentuk rangka kerja perundangan lengkap bagi sektor alam sekitar Sarawak.

Katanya, mana-mana aktiviti pencemaran seperti pembakaran gas tanpa kebenaran akan dianggap kesalahan di bawah struktur perundangan baharu.

Sementara itu, beliau turut mengingatkan urusan alam sekitar kini sepenuhnya di bawah bidang kuasa Sarawak selepas pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Kita kini mempunyai kawalan penuh untuk mengurus alam sekitar sendiri, dan pengiktirafan antarabangsa terhadap dasar hijau Sarawak membuktikan kita berada di landasan betul,” katanya.

Difahamkan Sidang ketiga penggal keempat DUN Sarawak ke-19 dijadual berlangsung dari 24 November hingga 3 Disember 2025.

Foto: Jabatan Penerangan Sarawak

Related Posts

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

PUTRAJAYA – Jabatan Peguam Negara (AGC) berpandangan Proklamasi mengenai kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bertarikh 19 April 2026 adalah tidak sah kerana tidak mematuhi kehendak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

KOTA KINABALU – Landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) masih ditutup sementara bagi membolehkan kerja pembaikan penting diselesaikan dengan selamat, dengan 20 penerbangan terjejas setakat hari ini. Malaysia Airports…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

  • By Ezmie
  • September 17, 2026
Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK