Aktivis politik, dua rakan mengaku tidak bersalah terlibat rasuah

ALOR SETAR – Seorang aktivis politik dan dua rakannya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan meminta dan bersetuju menerima wang suapan daripada seorang pendakwah selebriti, tahun lepas.

Aktivis berkenaan, Zamil Ibrahim, 58, bersama Jamal Muhaideen Mohmad Hussin, 41, dan Muhammad Redza Adzmi, 34, didakwa secara bersama meminta suapan berjumlah RM400,000 daripada pendakwah selebriti, Ahmad Husam Muhamad Baderudin di lobi sebuah hotel di Sungai Petani, kira-kira 9 malam pada 4 Nov 2024.

Suapan itu didakwa sebagai dorongan untuk membantu menyelesaikan siasatan kes pengubahan wang haram terhadap Yayasan Ar-Riyadah oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Bagi pertuduhan kedua, ketiga-tiga tertuduh didakwa dengan niat bersama bersetuju menerima RM20,000 daripada Ahmad Husam bagi tujuan sama di pekarangan Masjid Al-Khairiyah, Bedong, daerah Kuala Muda pada 12.30 tengah hari, 5 Nov 2024.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun, denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Hakim N Priscilla Hemamalini kemudian membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin, serta menetapkan 26 Nov ini untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Ahmad Fariz Abdul Hamid dan Pegawai Pendakwa SPRM, Mohd Zulfadli Azharudin, manakala Zamil dan Jamal Muhaideen diwakili peguam Aiman Abdul Rahman, dan Muhammad Redza diwakili S Ganesan.

Related Posts

KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

SANDAKAN – Komuniti Rukun Tetangga (KRT) di daerah ini dan kawasan Libaran memainkan peranan penting dalam memperkukuh perpaduan serta mengeratkan hubungan masyarakat pelbagai kaum. Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

KUCHING – Komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkasakan hak dan tuntutan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dimanifestasikan sepenuhnya apabila pentadbiran Pelabuhan Bintulu kini diserahkan secara rasmi kepada kerajaan Sarawak berkuat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Tetamu Istimewa’ muncul di belakang rumah penduduk Kampung Geliga

‘Tetamu Istimewa’ muncul di belakang rumah penduduk Kampung Geliga

KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

  • By Fandi
  • September 16, 2026
KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX