PMX jadi pengantara damai Thailand-Kemboja, Trump puji Malaysia di Sidang APEC

PERANAN Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengantara dalam mendamaikan konflik bersejarah antara Thailand dan Kemboja mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menzahirkan pujian terhadap Malaysia pada Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2025 di Korea Selatan.

Trump yang menghadiri sidang berkenaan di Gyeongju pada 31 Oktober hingga 1 November 2025 berkata, kepimpinan Anwar berjaya membawa keamanan kepada dua negara jiran yang sekian lama terperangkap dalam pertelagahan.

“Bukan sahaja tarif diperkukuhkan, perikatan kami, turut membawa keamanan untuk dunia. Pada Ahad lalu di Malaysia, kami menandatangani Perjanjian Damai Kuala Lumpur untuk menghentikan peperangan selamanya di antara Thailand dan Kemboja. Terima kasih,” katanya.

Difahamkan, dalam tempoh dua hari itu, Presiden Trump mempelajari serba sedikit tentang pertelagahan di antara kedua-dua negara berkenaan sebelum mencapai kata sepakat terhadap beberapa isu, khususnya berkaitan ekonomi.

Beliau turut menegaskan bahawa sebarang perjanjian tidak akan dimeterai selagi peperangan masih berlaku.

“Dengan bantuan Malaysia sebagai pengantara, kami gunakan fasiliti yang bagus di Malaysia kerana ia terlalu ‘panas’. Panas ini bukan tentang suhu tetapi merujuk kepada pertelingkahan kedua-dua negara terbabit.

“Dan Malaysia sangat hebat. Mereka bantu melaksanakan perjanjian ini. Perdana Menteri Malaysia seorang individu yang bagus.

“Hanya dia sahaja. Dan dalam masa dua hari sahaja kami menandatangani satu perjanjian dan kedua-dua orang ini datang seperti rakan baik. Ia sesuatu yang indah untuk dilihat. Kami telah menyelamatkan, mungkin jutaan nyawa. Mereka mempunyai hubungan yang ‘panas’ untuk 500 ratus tahun lamanya,” katanya.

Sementara itu, Trump turut menyentuh cabaran diplomasi di rantau lain dengan menyatakan bahawa sebarang perjanjian ekonomi atau diplomatik sukar dilaksanakan antara India dan Pakistan kerana situasi yang hampir serupa.

Related Posts

RCI TH tepat pada masanya, bukan ‘gula-gula politik’ PRN Negeri Sembilan

KUALA PILAH – Dakwaan langkah kerajaan mendedahkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) bertujuan meraih sokongan pengundi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, tidak dipersetujui…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dapur Sepanggar himpun resipi tradisional masyarakat pelbagai etnik

Dapur Sepanggar himpun resipi tradisional masyarakat pelbagai etnik

KIBAR bawa inisiatif kerajaan terus ke akar umbi – Mordi

KIBAR bawa inisiatif kerajaan terus ke akar umbi – Mordi

Penunggang motosikal catat 70.18 peratus kematian jalan raya di Selangor

Penunggang motosikal catat 70.18 peratus kematian jalan raya di Selangor

UMNO perlu utamakan denyut nadi rakyat

UMNO perlu utamakan denyut nadi rakyat

48 mangsa banjir dipindah ke kawasan selamat

48 mangsa banjir dipindah ke kawasan selamat

BN sokong Anwar hingga hujung penggal, tapi mahu tawan Negeri Sembilan

BN sokong Anwar hingga hujung penggal, tapi mahu tawan Negeri Sembilan