Langkah sementara perlu dilaksana tangani isu parkir di HDOK

SANDAKAN – Ahli Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Chong Thien Ming menggesa pelaksanaan segera langkah sementara bagi mengatasi masalah kesesakan parkir yang berlarutan di Hospital Duchess of Kent (HDOK).

Tien Ming yang juga Naib Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) berkata, isu kekurangan tempat letak kenderaan di kawasan hospital itu telah berlarutan sejak sekian lama dan menimbulkan kesulitan kepada pesakit, pengunjung serta kakitangan setiap hari.

“Masalah kesesakan ini sudah tidak tertanggung lagi. Satu penyelesaian sementara perlu segera dilaksanakan bagi mengurangkan beban orang awam.

“Ramai melahirkan rasa kecewa terhadap kekurangan ruang parkir dan keadaan lalu lintas yang sempit setiap hari. Sudah tiba masanya langkah pantas diambil,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurut Tien Ming, tinjauan peribadi yang dilakukan di kawasan parkir hospital serta maklum balas daripada penduduk menunjukkan keperluan mendesak untuk tindakan segera.

Sebagai penyelesaian jangka pendek, beliau mencadangkan beberapa langkah termasuk menyewa dua kawasan lapang berhampiran yang mampu menampung kira-kira 100 kenderaan, menyediakan perkhidmatan bas ulang-alik bagi membawa pelawat dan kakitangan hospital serta melaksanakan sistem pengurusan parkir yang lebih teratur dan selamat.

“Cadangan ini mampu menjadi penyelesaian sementara kepada masalah parkir yang dihadapi rakyat Sandakan.

“Kosnya juga rendah, hanya melibatkan sewaan kawasan dan tenaga kerja yang boleh diurus dengan baik,” jelasnya.

Tien Ming menyeru bahawa semua agensi kerajaan berkaitan dan pihak MPS perlu bekerjasama rapat bagi memastikan pelaksanaan rancangan tersebut berjalan lancar.

Beliau turut menyatakan hasrat untuk mengemukakan pelan berkenaan kepada Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) selepas pilihan raya sekiranya kerajaan sedia ada kekal memerintah, bagi pelaksanaan sementara menunggu projek jangka panjang disiapkan.

“Rakyat Sandakan telah menunggu terlalu lama. Jangan biarkan kerenah birokrasi menangguhkan penyelesaian asas seperti ini.

“Cadangan ini praktikal, kos rendah dan berpaksikan kepentingan rakyat,” ujarnya.

Related Posts

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

TAWAU – Pembinaan Masjid Al-Ghafur menjadi titik bersejarah buat penduduk Kampung Kinabutan Bukit, di sini, apabila masjid berkenaan menjadi pusat ibadah dan aktiviti keagamaan komuniti setempat. Pengerusi Masjid Al-Ghafur, Sukianto…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

TAWAU – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Tawau mengisytiharkan penamatan bencana banjir di daerah ini selepas keadaan di semua kawasan yang terjejas disahkan pulih sepenuhnya. Pengerusinya, Mohd Shoffian Mohd Said…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung