Belia IKBN Kemasik perkasa nilai MADANI bersama YADIM

KEMASIK — Seramai 323 pelajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik berhimpun di Dewan Seri Suria sempena Program Aspirasi Belia MADANI anjuran bersama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu dan IKBN Kemasik, pada Selasa.

Program itu bertujuan memperkukuh kefahaman kenegaraan serta menerapkan nilai-nilai Islam dalam kalangan belia, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI yang digagaskan kerajaan.

Yang Dipertua YADIM, Datuk Dr Hasan Bahrom, hadir merasmikan program berkenaan dan menegaskan komitmen berterusan yayasan itu dalam membentuk jati diri belia melalui pendekatan dakwah bil hal, iaitu dakwah melalui tindakan dan teladan. Turut hadir, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar IKBN Kemasik, Rahmat Elli yang mewakili pihak pengurusan institut.

“Belia perlu menjadi ejen perubahan yang aktif, bukan sekadar pemerhati. Kefahaman tentang agama, kenegaraan dan konsep MADANI akan melengkapkan mereka untuk memimpin masa depan dengan penuh tanggungjawab,” katanya.

Program sehari itu turut menampilkan sesi perkongsian interaktif dan perbincangan kelompok merangkumi topik seperti kefahaman kenegaraan, nilai MADANI dalam kehidupan seharian serta peranan belia dalam membina masyarakat inklusif dan sejahtera.

Penyertaan pelajar yang tinggi mencerminkan minat mendalam terhadap isu kenegaraan dan pembangunan diri, sekali gus mengukuhkan jaringan strategik antara agensi kerajaan, institusi pendidikan dan NGO seperti YADIM dalam melahirkan belia berkemahiran, berakhlak dan patriotik ke arah pembentukan masyarakat Malaysia MADANI.

Related Posts

Sarawak perkukuh status hab tenaga hijau dan semikonduktor di Asia Tenggara

SHANGHAI – SMD Semiconductor Sdn Bhd (SMD) memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) dengan Jiangsu Linyang Energy Co Ltd (Linyang Energy) untuk membekalkan penyelesaian semikonduktor kuasa ke pasaran global pada 13 Ogos…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan Pahang sedia RM5.5 juta untuk TVET

KUANTAN – Sejumlah RM5.5 juta diperuntukkan Kerajaan Pahang bagi memperkukuh bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di negeri itu. Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Pas penipu atau gagal memahami akaun kewangan TH, sila jelaskan’ – Chong Zhemin

‘Pas penipu atau gagal memahami akaun kewangan TH, sila jelaskan’ – Chong Zhemin

Penyatuan Melayu-Islam: Apa makna jika amanah dan tadbir urus dipersoal?

Penyatuan Melayu-Islam: Apa makna jika amanah dan tadbir urus dipersoal?

Sarawak perkukuh status hab tenaga hijau dan semikonduktor di Asia Tenggara

Sarawak perkukuh status hab tenaga hijau dan semikonduktor di Asia Tenggara

Kerajaan Pahang sedia RM5.5 juta untuk TVET

Kerajaan Pahang sedia RM5.5 juta untuk TVET

Pas gagal tutup aktiviti judi masa jadi kerajaan – Chun Weng

Pas gagal tutup aktiviti judi masa jadi kerajaan – Chun Weng

Dr MAZA puji prestasi Menteri Agama dalam pengurusan hal ehwal Islam

Dr MAZA puji prestasi Menteri Agama dalam pengurusan hal ehwal Islam