Pemuda UMNO Pahang tolak budaya anjur program hidang arak dalam sekolah

KUANTAN – Pemuda UMNO Pahang menzahirkan kebimbangan terhadap isu hidangan arak di premis sekolah yang disifatkan bukan sahaja mencemari nilai moral, malah menjejaskan maruah institusi pendidikan negara.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO Pahang, Mustaqim Zakaria menegaskan, sekolah adalah tempat percambahan ilmu dan pembentukan akhlak, bukan medan untuk menormalisasi budaya bertentangan dengan adab tatasusila bangsa.

“Sekolah mesti kekal sebagai kawasan bebas daripada pengaruh negatif seperti alkohol, perjudian atau hiburan tidak bermoral.

“Ia perlu menjadi contoh terbaik dalam mendidik masyarakat mengenai nilai murni dan kepentingan mencegah perilaku tidak bermoral di peringkat akar umbi,” katanya.

Pemuda UMNO Pahang juga mengingatkan bahawa sebarang majlis membabitkan alkohol, walaupun dianjurkan pihak luar di dewan sekolah yang disewa, adalah bertentangan dengan roh pendidikan nasional.

Sehubungan itu, Mustaqim menggesa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) segera mengeluarkan arahan rasmi melarang penganjuran aktiviti seumpama itu di mana-mana premis sekolah di seluruh negara.

“Langkah tersebut penting bagi memperkukuh garis panduan sedia ada dan mengelak sebarang tafsiran longgar yang boleh menjejaskan imej serta kesucian institusi pendidikan,” jelasnya.

Mustaqim juga memaklumkan pendirian Pemuda UMNO Pahang dalam hal itu dan mengecam keras mana-mana pihak yang cuba mempertahankan tindakan berkenaan atas alasan hak komuniti, kebebasan berbudaya atau tujuan kebajikan.

“Kebebasan tanpa berpaksikan akhlak bukan tanda kemajuan, tetapi lambang longgarnya nilai dan hilangnya pedoman.

“Kepelbagaian budaya perlu diraikan dalam kerangka undang-undang dan adab, bukan dijadikan alasan untuk menormalisasi perkara bertentangan dengan moral bangsa,” katanya.

Pemuda UMNO Pahang dalam masa yang sama ingin mengingatkan semua pihak bahawa pendidikan dan institusi pendidikan adalah benteng moral negara dan wajar dilindungi daripada sebarang pengaruh yang boleh menghakis disiplin serta tatasusila masyarakat.

“Sekolah bukan tempat meneguk budaya yang memabukkan, tetapi tempat menegakkan nilai yang menyedarkan.

“Tanggungjawab menjaga kesucian institusi pendidikan ini adalah amanah bersama kerajaan, masyarakat dan institusi,” ujarnya.

Related Posts

DAP kekal dalam Kerajaan Perpaduan hingga tamat penggal Parlimen

PUTRAJAYA – DAP memutuskan untuk terus kekal dalam Kerajaan Perpaduan sehingga tamat penggal Parlimen ke-15. Keputusan itu dibuat menerusi undian perwakilan pada Persidangan Kebangsaan DAP 2026, hari ini, dengan 1,857…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Biar DAP habiskan persidangan dahulu’ – Anwar

AYER KEROH – “Biar habis persidangan DAP dahulu,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Itu adalah reaksi ringkas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditanya mengenai keputusan Persidangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

Maritim Pulau Pinang tahan empat warga Thailand bersama rampasan RM3 juta

Maritim Pulau Pinang tahan empat warga Thailand bersama rampasan RM3 juta

DAP kekal dalam Kerajaan Perpaduan hingga tamat penggal Parlimen

DAP kekal dalam Kerajaan Perpaduan hingga tamat penggal Parlimen

Bapa saya tidak ditahan SPRM – Khairul Azman

Bapa saya tidak ditahan SPRM – Khairul Azman

LKAN bukan sekadar laporan, pacu pembetulan dan tadbir urus sektor awam

LKAN bukan sekadar laporan, pacu pembetulan dan tadbir urus sektor awam