Menantu lari, ahli MPT gesa Muhyiddin buka mulut

MENANTU kesayangan yang melarikan diri ke luar negara terus menghantui Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kini, giliran pemimpin tertinggi Bersatu pula menggesa presidennya buka mulut di mana keberadaan Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan yang melarikan diri daripada pertuduhan di mahkamah.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Saifuddin Abdullah membuat gesaan itu selepas pendedahan media berhubung gambar dipercayai menantunya yang menjalani kehidupan mewah di Asia Barat.

Saifuddin memaklumkan beliau membuat gesaan itu terhadap Muhyiddin dalam kumpulan WhatsApp parti kerana isu itu banyak dibangkitkan di Parlimen, namun tiada jawapan diberikan.

“Beliau pun tidak menjawab,” kata Saifuddin seperti dipetik FMT.

“Jika bapa mentua pun kelu, maka dalam isu begini, macam mana kami semua hendak menjawabnya?.

Saifuddin berkata ahli-ahli Bersatu empati dengan Muhyiddin, namun isu ini perlu diselesaikan segera kerana bimbang akan kesannya pada nama baik Bersatu.

Adlan dan peguamnya, Mansoor Saat, dicari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes penyelewengan projek pendaftaran, pengambilan dan penyimpanan biometrik pekerja asing bagi sebuah kementerian.

Semalam, media melaporkan Muhammad Adlan, yang melarikan diri lebih dua tahun lalu, dipercayai kini menjalani kehidupan mewah di sebuah negara Asia Barat.

Akhbar New Straits Times (NST) dalam satu laporan juga menyiarkan beberapa gambar menunjukkan Muhammad Adlan bersama beberapa kenamaan dari Asia Barat.

Related Posts

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

KOTA KINABALU – Ketika kanak-kanak lain seusianya bebas bermain tanpa memikirkan apa-apa, satu kejadian ketika berusia empat tahun mengubah kehidupan Nurhadrieyana Paiman.‎‎Insiden tercucuk pensil menyebabkan penglihatan mata kirinya terjejas, sekali…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) menjelaskan mekanisme Pelarasan Kos Bahan Api Secara Automatik (AFA) bukan caj tambahan baharu atau sumber keuntungan syarikat, sebaliknya mekanisme dua hala bagi melaraskan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM