Kita berhadapan cabaran dunia digitalisasi – KP JKOM

KETUA Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Datuk Ismail Yusop berkata, masyarakat kini sedang berhadapan dengan cabaran besar dalam era digitalisasi yang membawa kepada pembentukan realiti baharu dalam kehidupan seharian.

Beliau berkata demikian dalam siaran Podcast Minda Abah yang membincangkan mengenai impak media sosial dan perkembangan teknologi maklumat terhadap masyarakat masa kini.

“Ramai yang menganggap bahawa ini adalah kalau dalam konteks ‘trust deficit dan fear factor’ itu ini disebut adalah ‘the new realities’, ini realiti baru dalam kehidupan.

“Kena terima hakikat ini bahawa kita sedang berhadapan dengan zaman digitalisasi, maknanya di mana perkataan digital itu dikaitkan dengan mengapa platform media sosial itu mempunyai kesan yang sangat besar kepada masyarakat kita hari ini,” katanya.

Beliau berkata, sama ada suka atau tidak, masyarakat perlu menerima hakikat bahawa dunia kini sedang bergerak pantas dalam arus digital, sebagaimana yang pernah digambarkan pada awal tahun 1980-an sebagai ‘the new realities’ hasil daripada liberalisasi maklumat.

“Kalau sesiapa yang menentang arus ini dilihat sebagai orang yang tak dapat menerima perubahan realiti baru ini.

“Dan kalau kita lihat Perdana Menteri pula, dia menyebutkan kita ‘have to embrace’, makna kita kena menerima reality baru ini sebab itu dia soal teknologi kecerdasan buatan (AI), soal penggunaan semua perisian dalam konteks AI itu untuk kita meletakkan dalam konteks kita berhadapan dengan era baru ini,” katanya.

Namun katanya, cabaran utama yang dihadapi kini ialah sifat keterbukaan teknologi digital yang terlalu peribadi hingga sukar dikawal.

“Dia dianggap itu sebagai hak setiap individu untuk ‘trial and error’, mencuba dan kesannya sangat besar kepada kehidupan kita bahkan bagi Tok Abah kan, dia ada ‘social implication’,” katanya.

Ismail turut memberi contoh bagaimana sesuatu hantaran di media sosial boleh menimbulkan kesan sosial yang meluas apabila disalah tafsir atau disebarkan tanpa konteks yang betul.

“Tok Abah ambil contohkan, satu hantaran itu yang dibuat oleh sesiapa pun kalau dia dilihat hanya itu sebagai satu posting itu semua dia tak apa, tetapi posting itu ada orang ‘cut and paste’ ataupun diangkat masuk dalam satu perbincangan ‘WhatsApp group’ dan ‘WhatsApp group’ itu dia terikat dengan kelompok yang ada dalam itu.

“Kalau alumni, alumnilah, kalau ibu tunggal, ibu tunggallah, kalau anak muda, anak mudalah. Jadi mereka berbincang berbahas pada satu fakta yang kita sebut ‘disinformation’, ini ‘post truth’ bukan kebenaran tapi itu jadi perbahasan hingga bila dan itulah yang dia membentuk persepsi, membentuk kerangka berfikir orang dan mempengaruhi cara bertindak termasuk sikap mereka terhadap sesuatu isu ataupun situasi semasa,” jelasnya.

Beliau menegaskan, kesedaran terhadap tanggungjawab penggunaan media sosial amat penting bagi memastikan ruang digital tidak menjadi punca kepada kerosakan sosial dan kekeliruan maklumat dalam kalangan masyarakat.

Related Posts

Kos pengeluaran agrokomoditi meningkat susulan kenaikan input pertanian

PUTRAJAYA – Kos pengeluaran industri agrokomoditi negara meningkat susulan kenaikan ketara harga input pertanian termasuk baja NPK bagi kategori tempatan dan import yang naik sehingga 45.5 peratus, manakala racun meningkat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sebahagian kecil produk ubat, peranti perubatan berdepan risiko tinggi

PUTRAJAYA – Sebanyak 16.8 peratus bekalan ubat negara dikenal pasti berada pada tahap risiko tinggi setakat 8 Mei dan memerlukan pemantauan serta langkah mitigasi secara berterusan susulan krisis bekalan global.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman