Malaysia–Brazil perkukuh hubungan strategik pelbagai sektor

MALAYSIA dan Brazil bersetuju memperkukuh hubungan strategik merentas pelbagai sektor utama termasuk semikonduktor, teknologi makanan dan pendidikan, sekali gus membuka peluang baharu dalam pertukaran kepakaran serta pelaburan antara kedua-dua negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu akan memperkukuh hubungan dua hala sedia ada serta memperluas jaringan kerjasama dalam bidang yang berpotensi tinggi untuk manfaat bersama.

“Perbincangan kami hari ini membabitkan pelbagai bidang termasuk perdagangan, pelaburan dan tenaga.

“Bagi pihak Malaysia, saya berterima kasih atas sokongan anda (Brazil) terhadap Petronas.

“Kami juga bersetuju memperkukuh kerjasama dalam penyelidikan, semikonduktor, teknologi makanan dan pendidikan,” katanya pada sidang media bersama Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva sempena lawatan rasmi tiga hari pemimpin terbabit ke Malaysia, hari ini.

Lawatan rasmi Presiden Brazil itu juga adalah sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47.

Mengulas lanjut, Anwar turut menyatakan hasrat untuk menjalin kerjasama lebih erat dalam bidang latihan diplomatik dan penyelidikan, selain mengukuhkan hubungan kebudayaan antara kedua-dua negara.

“Saya ingin menegaskan hubungan Malaysia-Brazil bukan sekadar hubungan diplomatik biasa, tetapi dua sahabat yang berkongsi cita-cita dan keyakinan yang sama.

“Marilah kita pastikan kedua-dua negara dan rantau masing-masing, Amerika Selatan dan ASEAN bekerjasama erat serta menjadi tonggak utama memperkukuh hubungan yang melangkaui perdagangan, pelaburan, politik dan budaya,” katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri menzahirkan penghargaan kepada Lula di atas komitmennya menangani isu kemanusiaan dan alam sekitar bukan saja di Brazil, malah pada peringkat global.

Katanya, pendirian Presiden Brazil itu sentiasa konsisten memperjuangkan nasib rakyat miskin dan golongan tertindas serta pendekatannya dalam dasar luar membabitkan isu kekejaman dan pembunuhan beramai-ramai di Gaza.

“Ini menunjukkan iltizam anda terhadap dasar yang mampu menyelamatkan dunia dan masyarakat antarabangsa.

“Malah, dalam siri pertemuan di Rio dan di sini, kami mengagumi ketabahan, tujuan dan keberanian anda dalam mempertahankan prinsip keadilan dan maruah manusia. Nilai ini juga dekat di hati rakyat Malaysia, khususnya dalam isu Gaza,” katanya.

Terdahulu, kedua-dua pemimpin menyaksikan pertukaran lima memorandum persefahaman (MoU), tiga berkaitan industri semikonduktor, satu mengenai Sains, Teknologi dan Inovasi (STI), dan kerjasama antara badan pemikir.

Turut disaksikan ialah pertukaran Nota Diplomatik antara Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) dan Instituto Rio Branco, serta Surat Hasrat (Letter of Intent) antara Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan Perbadanan Penyelidikan Pertanian Brazil (EMBRAPA).

Related Posts

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berangkat ke New Delhi, India malam ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18, selepas selesai lawatan kerja beliau di Sabah.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

KUALA LUMPUR – Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar menyarankan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya tidak membawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya, sebaliknya memberi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

RM6.62 bilion tangani isu sekolah daif Sabah, 245 sekolah siap sepenuhnya

RM6.62 bilion tangani isu sekolah daif Sabah, 245 sekolah siap sepenuhnya