Perhebat perkasa pendidikan melalui inisiatif Sekolah Angkat MADANI

MIRI – Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat) terus memperkukuh komitmen terhadap pembangunan pendidikan negara menerusi penglibatan aktif dalam inisiatif Sekolah Angkat MADANI.

Langkah tersebut mencerminkan keprihatinan Perhebat dalam memupuk nilai tanggungjawab sosial dan memperkasa pendidikan komuniti Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Usaha ini juga seiring dengan Pelan Transformasi Perhebat 2026–2035 yang menekankan pembangunan modal insan, kesejahteraan komuniti serta kerjasama strategik bagi membentuk masyarakat inklusif dan mampan.

Inisiatif Sekolah Angkat MADANI menjadi bukti kesungguhan Perhebat dalam memperkasa pendidikan anak-anak warga ATM dan masyarakat setempat, seiring aspirasi Malaysia MADANI untuk melahirkan generasi berilmu, berakhlak serta berdaya saing demi kemajuan negara.

Program ini memberi tumpuan kepada komponen kelima Sekolah Angkat MADANI, iaitu pembangunan sahsiah dan kemahiran murid bagi memupuk minat terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Ia turut menekankan kepentingan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), penyelesaian masalah secara kreatif dan inovatif serta penerapan gaya hidup sihat dalam kalangan pelajar.

Pelaksanaan program ini juga merupakan kesinambungan komitmen kerajaan terhadap pendekatan ‘whole of nation’, yang menggalakkan penyertaan pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan, syarikat swasta, GLC dan masyarakat setempat dalam memperkukuh sistem pendidikan negara berasaskan nilai ihsan, kesejahteraan dan keterangkuman.

Sementara itu, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Riam Batu Dua, Rohani Ismail menzahirkan penghargaan kepada Perhebat atas sumbangan dan sokongan terhadap pelaksanaan program berkenaan.

“Usaha ini amat bermakna kepada guru dan pihak sekolah kerana ia dapat meningkatkan mutu pembelajaran murid serta memperkukuh pembangunan sekolah. Sumbangan seperti ini menjadi suntikan semangat kepada para guru untuk terus berkhidmat dengan gigih demi kecemerlangan murid dan sekolah,” katanya.

Beliau turut berharap agar jalinan kerjasama strategik antara Perhebat dan sekolah akan terus diperkukuh pada masa hadapan demi manfaat bersama seluruh warga pendidikan.

Turut hadir, Ketua Pengarah Perhebat, Datuk Ts. Amir Md Noor; Pemangku Timbalan PPD Sektor Perancangan, Awang Ali Awang Ahmad; wakil Pejabat Pendidikan Daerah Miri, serta wakil daripada agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO).

Related Posts

Polis Sabah terima 13 laporan susulan ucapan berkait paderi, biarawati

KOTA KINABALU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah menerima 13 laporan polis setakat tengah hari Khamis susulan ucapan yang didakwa menyentuh agama Kristian pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 baru-baru…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gempa bumi lemah 3.7 magnitud dikesan 88km utara Sandakan

SANDAKAN – Gempa bumi lemah bermagnitud 3.7 dikesan berlaku pada jarak kira-kira 88 kilometer (km) utara dari Sandakan, Sabah pada jam 10.30 malam Khamis. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Polis Sabah terima 13 laporan susulan ucapan berkait paderi, biarawati

Polis Sabah terima 13 laporan susulan ucapan berkait paderi, biarawati

Konvensyen Khas PBB Zon Selatan: Hanifah ketuai penyelarasan awal jawatankuasa protokol

Konvensyen Khas PBB Zon Selatan: Hanifah ketuai penyelarasan awal jawatankuasa protokol

Gempa bumi lemah 3.7 magnitud dikesan 88km utara Sandakan

  • By Fandi
  • September 18, 2026
Gempa bumi lemah 3.7 magnitud dikesan 88km utara Sandakan

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

  • By Ezmie
  • September 17, 2026
Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar