Program MADANI Rakyat bukti komitmen kerajaan santuni rakyat secara langsung

KUDAT – Program MADANI Rakyat: Komuniti di Pulau Banggi memberi makna besar kepada lebih 30,000 penduduk di pulau terbesar negara itu, khususnya dalam usaha mendekatkan perkhidmatan kerajaan kepada komuniti luar bandar dan pulau terpencil.

Penolong Pegawai Daerah Kecil Banggi, Jaslee Jaafar berkata, penganjuran program itu membuktikan komitmen kerajaan untuk turun padang dan menyantuni rakyat secara langsung, sejajar dengan semangat Malaysia MADANI.

“Kehadiran pelbagai agensi Kerajaan Persekutuan dan negeri hari ini membuktikan bahawa semangat turun padang bukan sekadar slogan, tetapi satu amalan yang benar-benar dilaksanakan oleh Kerajaan MADANI.

“Program ini amat bermakna buat komuniti Pulau Banggi kerana kami masih berdepan dengan cabaran asas seperti pengangkutan, kemudahan kesihatan dan akses komunikasi,” katanya ketika berucap pada Program MADANI Rakyat: Komuniti Pulau Banggi di Dewan ESSCOM, Pekan Karakit, di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, pelaksanaan inisiatif seperti pemeriksaan kesihatan, kaunter bantuan kebajikan, peluang pendidikan dan nasihat keusahawanan dalam program itu memberi sinar baharu kepada rakyat di pulau berkenaan.

Jaslee turut menghargai pengumuman projek Sambungan Kabel Dasar Laut MADANI (SALAM) yang bakal menghubungkan Pulau Banggi dengan sistem komunikasi berkelajuan tinggi, selaras dengan usaha kerajaan merapatkan jurang digital antara bandar dan pulau.

“Inilah langkah nyata kerajaan dalam memastikan rakyat luar bandar menikmati kemudahan setaraf dengan masyarakat di tanah besar,” katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa program seumpama itu memperkukuh pemahaman masyarakat terhadap gagasan Malaysia MADANI yang berasaskan enam nilai utama Kemampanan, Kesejahteraan, Daya Cipta, Hormat, Keyakinan dan Ihsan.

“Kesejahteraan bermaksud tiada siapa yang tertinggal, termasuk kami yang berada jauh dari tanah besar. Nilai ihsan dan kepercayaan pula tercermin dalam cara kerajaan mendekati rakyat dengan penuh empati dan keprihatinan,” ujarnya.

Menurutnya, pembangunan di bawah kerangka Malaysia MADANI tidak hanya berasaskan infrastruktur fizikal, tetapi turut menekankan kasih sayang, tanggungjawab dan rasa hormat sesama insan.

Jaslee berkata, kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Sabah dan komuniti tempatan perlu terus diperkukuh agar manfaat pembangunan dapat dinikmati secara menyeluruh.

“Melalui program seperti ini, rakyat Pulau Banggi akan terus mendapat peluang baharu untuk maju bersama arus pembangunan negara.

“Semoga inisiatif ini berterusan bukan hanya di Banggi, tetapi di seluruh luar bandar dan pedalaman Sabah,” katanya.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu petang ini untuk memulakan lawatan kerja selama dua hari ke Sabah. Ketibaan Perdana Menteri di Terminal 2,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula