Masyarakat perlu berhati-hati terima maklumat daripada grup WhatsApp, Telegram

MASYARAKAT perlu berhati-hati ketika menerima maklumat daripada kumpulan media sosial tertutup seperti WhatsApp dan Telegram kerana ia boleh membentuk persepsi salah yang sukar dikawal.

Tetamu jemputan podcast Minda Tok Abah, aktivis media sosial, Muhamad Noor Ikhwan Abdul Razak berkata, tidak seperti perbincangan terbuka di platform media sosial awam, maklumat yang dibincangkan dalam kumpulan tertutup hanya berlegar dalam kalangan ahli dan tidak dapat diperbetulkan sekiranya tidak tepat.

“Bagi saya, ini pendapat peribadi saya. Kalau ruang perbincangan itu secara terbuka, kita tahu siapa bercakap, fakta yang dikemukakan boleh disemak, dan kita boleh membetulkan jika ada yang salah.

Tapi kalau macam yang disebut tadi, dalam group atau Telegram, ruang itu tertutup. Hanya ahli, hanya kelompok mereka sahaja,” katanya dalam siaran podcast Minda Tok Abah pada Jumaat.

Muhamad Noor Ikhwan menjelaskan bahawa maklumat yang tersebar dalam kumpulan seperti itu berpotensi mencetuskan salah faham, malah boleh disalah guna untuk menyebarkan fitnah tanpa dapat disemak kebenarannya.

“Contohnya, ada satu dulu viral iaitu Wallabot. Maksudnya, hanya kelompok mereka, group mereka dalam group Telegram. Lepas bincang, lepas kata apa, semua kita tak tahu.

“Bagi group WhatsApp, kalau group itu hanya kelompok yang kecil, kita tak boleh nak kawal. Itu persepsi yang kita tak boleh kawal, kita tak tahu apa yang dibincangkan di dalamnya,” ujarnya.

Beliau turut menegaskan bahawa perbincangan di ruang terbuka lebih baik kerana masyarakat boleh menilai dan membetulkan fakta yang tidak benar secara serta-merta.

“Kalau perbincangan di platform-platform terbuka, kita boleh membetulkan, kita boleh lawan persepsi itu. Tapi bila dalam group yang kita tak boleh kawal, tak kira group WhatsApp, Telegram atau apa sahaja yang terdiri daripada ahli mereka sendiri, itu kita memang tak boleh kawal.

“Ini sangat sukar, Kita tak tahu apa yang mereka bincang, persepsi yang mereka bentuk, fitnah apa yang mungkin disebarkan,” katanya.

Menurut beliau lagi, maklumat daripada kumpulan tertutup hanya akan diketahui umum sekiranya ada ahli yang membocorkannya kepada luar.

“Kecuali kalau kita keluar daripada situ, ataupun ada ahli sendiri dalam group itu yang screenshot dan sebarkan, barulah kita tahu. Yang ni bahaya,” jelasnya.

Beliau menasihatkan masyarakat agar sentiasa menyemak kesahihan maklumat sebelum mempercayai atau menyebarkannya, khususnya yang diterima daripada kumpulan perbincangan tertutup.

“Kalau setakat posting di media sosial atau buat video di TikTok, kita boleh kawal dan tegur jika ada yang salah. Contohnya macam SARA, kita boleh betulkan terus masa itu juga.

“Tapi kalau dalam group kecil yang tertutup, orang luar tak tahu apa yang berlaku. Ini bahaya, ini persepsi yang sangat berisiko. Mereka boleh bina persepsi sendiri,” katanya.

Related Posts

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

MIRI – Kesemua lima individu yang menaiki helikopter berdaftar 9M-LLF ditemukan maut di dalam bangkai pesawat yang terhempas dan terbakar di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang pada petang Selasa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH
  • AdenAden
  • September 9, 2026

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan lima individu semalam bagi membantu siasatan berkaitan kes melibatkan Tabung Haji (TH) termasuk bekas pengerusinya. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Rusdi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan