Tun M akui tiada pindaan Perlembagaan di bawah Anwar gugat Melayu, fitnah politik terbongkar

“BIAR lambat asal selamat, jangan dituduh tanpa bukti.”

Perumpamaan ini tepat menggambarkan suasana di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini apabila bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, akhirnya mengakui bahawa tiada sebarang pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan dilakukan oleh kerajaan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang boleh melemahkan kedudukan orang Melayu.

Penganalisis politik Datuk Dr Azhar Ahmad berkata, pengakuan ini bukan dibuat di pentas politik atau sidang media, tetapi di bawah sumpah dalam prosiding saman fitnah RM150 juta yang difailkan sendiri oleh Mahathir terhadap Anwar.

“Jelas, ketika disoal balas oleh peguam Anwar, Razlan Hadri Zulkifli, Mahathir dengan jelas mengakui tiada satu pun pindaan terhadap Perlembagaan yang dibuat untuk menghakis hak Melayu.

“Lebih menarik, Mahathir turut bersetuju bahawa dominasi orang Melayu dalam institusi penting negara seperti perkhidmatan awam, polis, dan angkatan tentera masih kekal dan tidak tergugat,” katanya ketika dihubungi.

Saman fitnah itu difailkan Dr Mahathir pada Mei 2023 susulan kenyataan Anwar pada Kongres Nasional Khas PKR dua bulan sebelum itu, merujuk ‘seseorang yang berkuasa selama 22 tahun dan 22 bulan’, yang menurut Mahathir jelas merujuk dirinya.

Anwar diwakili peguam Ranjit Singh, Alliff Benjamin Suhaimi dan Razlan, manakala Mahathir diwakili oleh Rafique Rashid Ali dan Nizam Bashir Abdul Kariem Bashir.

Azhar yang juga Ketua UMNO Bahagian Beruas menegaskan, pengakuan ini sekaligus menafikan naratif yang Dr Mahathir dan sesetengah pihak cuba mainkan sejak kebelakangan ini, kononnya pentadbiran Anwar mengabaikan Melayu.

“Hakikatnya, kenyataan fitnah yang bersifat sembrono telah menjadi sebahagian dari taktik politik lapuk. Tapi kebenaran tetap akan terserlah dan kali ini, ia terbit dari mulut Mahathir sendiri.

“Lebih 10 bulan selepas mendakwa Anwar melemahkan Melayu, Mahathir terpaksa tunduk kepada fakta di mahkamah. Tiada pindaan, tiada penghakisan, tiada pengkhianatan. Hanya persepsi politik yang direka demi kepentingan tertentu,” katanya.

Dalam suasana politik yang sering dibakar dengan sentimen kaum dan agama, Azhar berkata, pendedahan ini harus menjadi pengajaran.

“Jangan mudah termakan momokan politik yang tidak bersandar kepada fakta. Jangan biar rakyat diperbodohkan dengan naratif ‘kononnya Melayu terancam’ hanya kerana hilang kuasa politik.

“Sebaliknya, marilah kita bina naratif baharu yang berteraskan keadilan, kemajuan, dan perpaduan. Rakyat perlu diberi harapan, bukan ketakutan,” katanya.

Azhar menambah, Kerajaan MADANI pimpinan Anwar tidak hanya mempertahankan Perlembagaan, malah komited memastikan keadilan dinikmati semua tanpa menafikan hak istimewa orang Melayu yang telah termaktub sejak merdeka.

“Seperti kata peribahasa Melayu, berani kerana benar, takut kerana salah. Dan hari ini, kebenaran itu akhirnya terserlah dalam mahkamah, bukan sekadar di bibir politikus,” katanya.

Related Posts

RCI baharu perlu ditubuh siasat pengurusan, operasi Tabung Haji antara 2021-2025

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) menggesa kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) baharu bagi menyiasat pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji (TH). Ketika…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penangguhan RCI beri peluang TH laksana syor dicadang, pulihkan organisasi

KUALA LUMPUR – Penangguhan pendedahan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bertujuan memberi peluang kepada Lembaga Tabung Haji (TH) melaksanakan syor yang dicadangkan serta ruang dan masa untuk memulihkan organisasi itu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Integriti teras kemakmuran, martabat kesejahteraan dan keyakinan rakyat 

Integriti teras kemakmuran, martabat kesejahteraan dan keyakinan rakyat 

Ruang udara KL, Putrajaya ditutup sementara sempena Hari Kebangsaan

Ruang udara KL, Putrajaya ditutup sementara sempena Hari Kebangsaan

Enam sekolah di Tebedu ditutup susulan IPU melebihi 200

Enam sekolah di Tebedu ditutup susulan IPU melebihi 200

Budaya ikut ‘wahyu’ semberono bahayakan pentadbiran negara

Budaya ikut ‘wahyu’ semberono bahayakan pentadbiran negara

Majlis Tilawah al-Quran terus semarakkan syiar Islam di Lawas

Majlis Tilawah al-Quran terus semarakkan syiar Islam di Lawas

Lelaki tempatan ditahan, samun wanita, larikan gelang emas

Lelaki tempatan ditahan, samun wanita, larikan gelang emas