Selepas PRU17, kerajaan perlu utamakan penyelesaian isu air di Sabah – Frankie

SANDAKAN – Penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Papat, Datuk Frankie Poon Ming Fung menyeru agar isu bekalan air di Sandakan diberi keutamaan utama oleh Kerajaan Negeri selepas Pilihan Raya Umum ke-17 (PRU17) Dewan Undangan (DU) Sabah.

Frankie berkata, hanya individu yang benar-benar berkemampuan, telus serta berorientasikan hasil wajar dilantik mengetuai kementerian dan jabatan berkaitan bagi memastikan penyelesaian tuntas terhadap masalah yang telah berlarutan sekian lama itu.

“Masalah gangguan air di Sandakan sudah terlalu lama membelenggu rakyat.

“Sekolah, hospital, keluarga dan para peniaga terus menanggung kesusahan akibat kegagalan merancang, menyelenggara serta mengurus bekalan air dengan baik,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Menurutnya, isu air bukan perkara remeh sebaliknya merupakan keperluan asas dan hak setiap rakyat yang perlu dijamin oleh kerajaan.

“Sandakan tidak boleh dibangunkan di atas infrastruktur yang rapuh.

“Kita memerlukan pelan jangka panjang, penguatkuasaan penyelenggaraan serta sistem akauntabiliti yang jelas.

“Cukup-cukuplah alasan, rakyat mahu penyelesaian,” ujarnya.

Tambahnya, dengan iltizam politik yang kuat dan tindakan yang konsisten, keyakinan rakyat dapat dipulihkan sekaligus membina masa depan yang lebih stabil untuk Sabah.

Related Posts

BABSAR 2026 platform gilap bakat seni belia Sabah – Mustapha

KOTA KINABALU – Program Pencarian Bakat Belia MADANI Sabah (BABSAR) 2026 menjadi platform penting untuk mencungkil dan menggilap bakat seni generasi muda di Borneo. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pendang, Kuala Krai catat kes dadah tertinggi negara

MACHANG – Empat negeri di utara dan Pantai Timur, iaitu Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu merekodkan kadar pembabitan kes dadah melebihi ambang nasional. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BABSAR 2026 platform gilap bakat seni belia Sabah – Mustapha

BABSAR 2026 platform gilap bakat seni belia Sabah – Mustapha

Pendang, Kuala Krai catat kes dadah tertinggi negara

Pendang, Kuala Krai catat kes dadah tertinggi negara

Sukan bukan sekadar untuk kesihatan, wadah pupuk perpaduan – Hasbi

Sukan bukan sekadar untuk kesihatan, wadah pupuk perpaduan – Hasbi

TBS Daro santuni lima keluarga asnaf menerusi Program Baitulmal Sinergi

TBS Daro santuni lima keluarga asnaf menerusi Program Baitulmal Sinergi

Setiap daerah perlu bangunkan produk pelancongan tersendiri – Hajiji

Setiap daerah perlu bangunkan produk pelancongan tersendiri – Hajiji

Semangat ‘berderau’ angkat nilai kerjasama komuniti FELDA Jengka 24

Semangat ‘berderau’ angkat nilai kerjasama komuniti FELDA Jengka 24